Cub Prix: Azroy Sekat Dominasi Yamaha di Jasin

Honda meraih kemenangan penuh bermakna dalam aksi pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 menerusi Azroy Hakeem Anuar yang mengungguli kategori CP150 di Jasin, Melaka, semalam.

Kemenangan tersebut menyaksikan wakil Idemitsu Honda Yuzy Racing itu berjaya merangkul kemenangan pertamanya bagi kategori perdana di samping menamatkan dominasi jentera Yamaha selepas dua musim.

Meskipun bermula di petak ketiga, Azroy berjaya memintas pendahulu Md Iqbal Amri Malek seawal pusingan kedua dan walaupun menerima saingan sengit daripada pelumba muda, Md Helmi Azman namun ia tidak mematahkan semangat dirinya untuk memenangi perlumbaan dengan catatan masa 16 minit 02.227 saat diikuti Helmi kedua dan – rakan sepasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing – Md Zaqhwan Zaidi ketiga.

“Saya berasa sangat gembira dan puas kerana dapat memenangi perlumbaan dan menghadiahkan kemenangan pertama ini kepada pemilik pasukan, Shahrol Yuzy dan seluruh pasukan yang tidak berhenti bekerja keras untuk memberikan saingan yang lebih kompetitif pada musim ini,” jelas Azroy.

Sementara itu, dalam saingan CP115, Md Fareez Afeez Abd Rahman meneruskan momentum kemenangan pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing apabila mengungguli 12 pusingan perlumbaan dengan catatan masa 12 minit 31.825s.

Fareez menepis cabaran Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) kedua dan pendatang baru – Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing) ketiga.

Dalam perkembangan lain, kategori WIRA menyaksikan pelumba persendirian Md Zaki Zamri muncul juara dengan catatan masa 10 minit 24.355s diikuti wakil Super KIP Motosports, Md Affifi Supaat dan Md Shahrul Ezwan M Sharil daripada AFB Tech Racing, ketiga.

Berikut keputusan perlumbaan:

CP150

1) Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 16:02.227

2) Md Helmi Azman (SGR) Hi Rev SCK Honda Racing 16:02.939

3) Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 16:09.377

4) Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 16:09.444

5) Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing Team 16:14.834

CP115

1) Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 12:31.825s

2) Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing

12:34.962s

3) Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing 12:35.454s

4) Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX SAG Team 12:38.111s

5) Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 12:40.976s

WIRA

1) Md Zaki A. Zamri (SGR) Persendirian 10’24.219s

2) Md Afizat Supaat (SGR) Super KIP Motorsports 10’24.355s

3) Md Sharul Ezwan M Sharil (SGR) AFB TECH Racing 10’24.493s

4) Md Adib M. Asri (JHR) ELF Koyoko Honda KC Racing Team 10’24.941s

5) Md Norhakim M Norhafizullah (KTN) ONEXOX SAG Team 10’25.759s

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.