“AAM Kerap Langgar Peraturan” – KBS Jelas Mengapa

Sumber imej: ESPN.com
  • Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menjelaskan mengapa Persatuan Automobil Malaysia (AAM) telah disingkir sebagai badan induk sukan permotoran negara.
  • KBS telah mengesyorkan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) kepada FIM bagi menggantikan tempat AAM.
  • Menurut Pesuruhjaya Sukan FIM, “AAM kerap kali melanggar peraturan.”

Artikel oleh Wahid Ooi Abdullah bagi BikesRepublic.com

Isu berkaitan dengan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) telah menjadi bualan hangat para penggemar sukan permotoran negara. Dalam perkembangan terbarunya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut campur tangan dalam isu ini, menggantung AAM dari peranan sebagai badan induk sukan permotoran negara.

Menteri di jabatan berkenaan, Syed Saddiq berkata, “AAM telah digantung oleh Suruhanjaya Sukan (FIM) kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Banyak amaran telah diberikan sebelum ini.”

“Ianya penting bagi badan kawal selia antarabangsa untuk peka dengan keadaan ini dan mengambil sebarang tindakan yang perlu. Kami tidak mempengaruhi sebarang langkah yang mereka ambil.”

Bercakap mengenai MAM pula, “MAM sudah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 bagi mengendalikan acara sukan permotoran negara.”

Syed Saddiq turut menambah bahawa ianya telah berkuatkuasa sejak bertahun lamanya, sebelum dia menjadi menteri.

Malaysian Insider sebelum ini telah mendakwa yang Syed Saddiq telah menghantar surat ke International Motocycling Federation (FIM) pada bulan September yang lalu. Surat berkenaan adalah bagi memberikan persetujuan mereka terhadap MAM sebagai badan induk sukan permotoran di Malaysia.

Sumber imej: MalayMail.com

Menurut Pejabat Pesuruhjaya Sukan FIM, ia membatalkan status AAM sebagai badan pengendali pada hujung tahun 2018 setelah AAM “melanggar peraturan”. AAM gagal menyerahkan laporan akhir tahun dan meminda semula perlembagaan mereka.

Pengerusi AAM, Tunku Mudzaffar Mustapha, sebaliknya mengatakan yang mereka sering berhubungan dengan FIM, tetapi, secara tiba-tiba telah digantung pada 30 November 2018.

AAM merupakan satu-satunya badan pengendalian sukan di Malaysia yang diiktiraf oleh FIM, FIA (International Automobile Federation), dan CIK (International Carting Federation). Dengan itu, para pelumba perlu memohon lesen perlumbaan serta insurans mereka dari AAM jika mereka bertanding di luar negara.

Tunku Mudzaffar memberi amaran bahawa acara sukan permotoran antarabangsa seperti MotoGP akan terjejas kerana AAM adalah satu-satunya badan pengendali yang diiktiraf.

Pandangan Kami

Dato’ Ahmad Razlan Ahmad Razali telah menyatakan bahawa pasukan SIC MotoGP telah mendaftarkan para penunggang mereka, termasuklah Hafizh Syahrin secara terus dengan FIM tanpa melibatkan AAM mahu pun MAM.

Namun, sekiranya FIM mengiktiraf MAM sebagai badan pengendali sukan permotoran negara, acara sukan permotoran negara akan boleh diteruskan, bertentangan dengan kenyataan AAM.

Realitinya begini: AAM sudah sekian lama tidak disenangi oleh para pelumba di Malaysia, baik bagi para pelumba empat roda mahu pun dua roda. Bagi mereka, persatuan berkenaan hanya mahu mengenakan bayaran yang amat tinggi untuk mendapatkan lesen perlumbaan dan insurans tetapi tidak mengambil sebarang tindakan bagi mempromosikan sukan permotoran di Malaysia. “AAM ini tidak boleh ditegur langsung,” kata mereka.

Rungutan-rungutan ini telah dikongsikan kepada penulis sewaktu penulis meliputi kejohanan FIM Asia Supermoto Championship dari tahun 2015, dan juga sewaktu pelbagai acara sukan permotoran yang lain.

Adakah ini hukum karma yang menimpa mereka?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.