Honda CRF1000L Africa Twin Bakal Tampil Dengan Enjin 1100cc Pada Tahun 2020?

Imej hasilan sebuah Honda CRF1100L Africa Twin – Sumber imej: MCN
  • Honda CRF1000L Africa Twin mungkin akan tampil dengan enjin berkapasiti 1100cc pada tahun 2020.
  • Penambahan kapasiti ini adalah untuk menyediakan motosikal tersebut bagi mematuhi piawaian Euro 5.
  • Motosikal kembara kelas pertengahan turut menghasilkan jumlah kuasa yang sama seperti model Africa Twin semasa.

Jaringan maklumat Motorcycle News Australia telah dapat mengorek rahsia bahawa model Honda CRF1000L Africa Twin mungkin akan ditambah kapasitinya menjadi 1100cc bagi tahun 2020.

Sumber mereka di Jepun telah mendakwa bahawa generasi berikutnya motosikal Africa Twin tersebut akan mendapat pengemaskinian kapasiti dari 998cc menjadi 1080cc. Dengan penambahan kapasiti ini akan menyaksikan peningkatan sebanyak 5.4hp. Ia mungkin nampak seperti satu jumlah yang kecil, tetapi, kita perlu ingat bahawa tahun 2020 adalah tahun di mana piawaian Euro 5 akan mula berkuatkuasa. Piawaian emisi baharu ini akan menyebabkan kebanyakan motosikal mengalami penurunan kuasa.

Khabar angin juga ada mengatakan adanya kemaskini kecil pada reka bentuknya. Serta DCT (Dual Clutch Transmission – Honda, tolonglah baiki tahap pemanduan arah kelajuan rendahnya). Kapasiti bahanapinya juga mungkin ditambah menjadi 20 liter, manakala edisi Adventure Sport mungkin kekal dengan tangki bahanapi 24.2 liter. Ia juga mungkin didatangkan dengan skrin TFT baharu.

Ya, Honda ingin mengambil jalan tengah antara motosikal kembara 800cc dan 1200/1300cc, namun, motosikal kelas pertengahan kini boleh menghasilkan jumlah kuasa kuda yang sama dengan enjin yang lebih kecil. Selain itu, motosikal kelas pertengahan turut mempunyai kelebihan dari segi beratnya yang lebih ringan dan juga ketinggian pelananya yang lebih rendah.

Honda benar-benar perlu mengemaskini model Africa Twin bagi membolehkannya kekal berdaya saing. Kuasa kuda semasanya yang pada tahap 94hp berada pada tahap yang rendah jika dibandingkan dengan motosikal kembara kelas terbuka, dan setaraf dengan motosikal kembara kelas pertengahan. Sebagai contoh, motosikal Triumph Tiger 800 menghasilkan jumlah kuasa yang sama, begitu juga dengan model BMW F 850 GS dan juga KTM 790 Adventure.

Kita hanya boleh nantikan acara Tokyo Motorshow 2019 pada bulan Oktober akan datang untuk mengetahui kebenarannya.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.