Honda Perkenalkan Motosikal Elektrik CR di Tokyo!

Semua orang sedang bercakap tentang kereta atau motosikal elektrik ketika ini. Gelombang perubahan itu semakin mendapat tempat dengan penghasilan kereta Tesla dan motosikal Zero.

Perubahan itu turut berjangkit kepada pengeluar motosikal Amerika Syarikat, Harley Davidson yang telah memperkenalkan LiveWire, sebuah motosikal elektrik yang akan memasuki pasaran dunia tahun depan.

Enggan ketinggalan dengan peralihan ini, pengeluar motosikal Jepun, Honda telah memperkenalkan motosikal elektrik CR dan skuter elektrik Benly di Pameran Motosikal Tokyo, semalam.

Sekali pandang, reka bentuk CR seakan-akan Honda CRF450, dengan kedua-dua jentera turut menggunakan suspensi terbalik Showa dan tayar ‘off-road’yang sama namun tidak seperti CRF450, Honda CR menggunakan enjin elektrik sepenuhnya.

Bagaimanapun, Honda enggan mendedahkan sebarang maklumat mengenai kemampuan dan kuasa yang dihasilkan jentera ini apatah lagi model CR sebenarnya dihasilkan oleh Mugen – syarikat yang menjalinkan kerjasama rapat dengan Honda sehingga kini.

Sementara itu, Honda turut memperkenalkan Benly, sebuah skuter elektrik dengan teknologi bateri boleh tukar.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]