Honda Malaysia telah memperkenalkan dua model edisi terhad yang pasti akan menarik lebih ramai peminat kepada jenama pengeluar kereta terkemuka tersebut. Bagi 2019, Honda Jazz Mugen dan juga Honda BR-V Special Edition boleh didapati mulai sekarang.
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Next Bike Sdn. Bhd. adalah anak syarikat Naza Group dan bertanggungjawab ke atas pengedaran motosikal Ducati sejak tahun 2008. Ducati dan Next Bike Sdn. Bhd. telah memperbaharui komitmen mereka dalam memperkembangkan jenama berkenaan di Malaysia. Next Bike Sdn. Bhd. akan memindahkan ibu pejabat Ducati Malaysia ke bangunan baharu di Petaling Jaya. Bangunan baharu ini akan…
Zontes Malaysia telah mengesahkan pelancaran bagi empat buah model pada 27 Februari. Model-model tersebut adalah ZT310-T, ZT310-R, ZT310-X, dan ZT310-X GP. Keempat-empat model ini adalah motosikal ringan yang didatangkan lengkap dengan ciri-ciri motosikal berkapasiti tinggi.
Kepada para ‘bikers’ di dalam negara, filem tempatan penuh aksi Bikers Kental 2 akan ditayangkan di pawagam TGV seluruh Malaysia mulai 14 Mac 2019 dibawah arahan pengarah filem terkemuka, Mohd Helmi Mohd Yusof. Filem blockbuster terkini yang menggabungkan gaya hidup kumpulan para pemilik motosikal berkuasa tinggi di Malaysia dan juga pemandangan serta suasana indah di…
Gambar sebuah motosikal Benelli TRK 502 yang lengkap dengan warna dan kemasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tersebar di atas talian internet. Gambar ini membuatkan sesetengah daripada mereka mempercayai yang PDRM menggunakan motosikal berkenaan. Bagaimana pun, PDRM telah menafikan yang mereka memiliki model tersebut dalam perkhidmatan mereka.
Pada 23-24 Februari 2019, Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang akan menjadi tempat tumpuan ramai dimana Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival akan menganjurkan pusingan ke-3 mereka acara utama iaitu Toyota Vios Challenge!
Litar Antarabangsa Sepang dan Institut Sukan Negara telah menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik rasmi. ISN akan menyediakan perkhidmatan kesukanan buat pasukan PETRONAS Sepang Racing Team dalam MotoGP dan juga untuk program pembangunan bakat SIC. SIC berharap yang fasiliti ini akan membantu penunggang mereka untuk terus berkembang menjadi penunggang MotoGP pada masa yang akan datang.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mengeluarkan amaran kepada penunggang motosikal supaya tidak melarikan diri dari sekatan jalan raya. Jabatan berkenaan akan merekodkan mereka yang melarikan diri sebagai bukti. Mereka kemudiannya akan mengeluarkan notis sebelum mengambil tindakan menyaman dan menyenarai hitam penunggang yang melarikan diri sekatan jalan raya.
Setelah dua tahun Porsche 718 Cayman dilancarkan untuk pasaran Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) memperkenalkan varian terkini yang lebih menampilkan gaya ‘sporty’ iaitu Porsche 718 Cayman SportDesign Series 2019.