PDRM Nafikan Yang Mereka Menggunakan Model Benelli TRK 502

  • Gambar sebuah motosikal Benelli TRK 502 yang lengkap dengan warna dan kemasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tersebar di atas talian internet.
  • Gambar ini membuatkan sesetengah daripada mereka mempercayai yang PDRM menggunakan motosikal berkenaan.
  • Bagaimana pun, PDRM telah menafikan yang mereka memiliki model tersebut dalam perkhidmatan mereka.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menafikan bahawa mereka menggunakan motosikal Benelli TRK 502 dalam perkhidmatan mereka.

Gambar sebuah motosikal Benelli TRK 502 yang lengkap dengan warna dan kemasan PDRM telah tular di atas talian internet. Selain itu, ianya dilengkapi dengan kelengkapan polis seperti siren/pembesar suara dan lampu strob. Bagaimana pun, kami tidak nampak pula radio cb.

Pengarah Jabatan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi di Bukit Aman, Datuk Sri Tajudin Md Isa mengatakan PDRM masih belum memperkenalkan motosikal baharu dalam perkhidmatan mereka. “Saya sahkan bahawa motosikal ini bukan milik Polis Diraja Malaysia.”

“Motosikal ini mungkin digunakan untuk ujian.” tambah beliau lagi.

Buat masa ini, PDRM menggunakan enam model motosikal dalam perkhidmatan mereka. Motosikal-motosikal ini terdiri daripada Honda CBX750P, Honda VFR800, Honda ST1300, Kawasaki Ninja 300,Kawasaki KLX250, dan Kawasaki Z250.

Ke semua model motosikal ini telah digunakan oleh pasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Pasukan Gerakan Khas (PGK).

Kami harap ianya betul hanya digunakan sebagai motosikal ujian oleh pihak polis. Di sini kami ingin menasihatkan anda semua agar tidak mengubahsuai motosikal anda bagi meniru motosikal polis kerana ianya menyalahi undang-undang.

Sumber: laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply