Bikers Kental 2 di pawagam 14 Mac 2019

Kepada para ‘bikers’ di dalam negara, filem tempatan penuh aksi Bikers Kental 2 akan ditayangkan di pawagam TGV seluruh Malaysia mulai 14 Mac 2019 dibawah arahan pengarah filem terkemuka, Mohd Helmi Mohd Yusof. Filem blockbuster terkini yang menggabungkan gaya hidup kumpulan para pemilik motosikal berkuasa tinggi di Malaysia dan juga pemandangan serta suasana indah di negara jiran, Thailand.

Barisan pelakon terkenal Malaysia Zizan Razak, Dato’ Awie dan Datuk Afdlin Shauki memegang watak-watak utama bagi filem terkini bersama Meau Julallangtip yang memegang watak ‘Cherry Porntit’, kekasih watak utama Bidin Al-Zaifa yang dimainkan oleh Zizan Razak.

Filem penuh aksi ini merupakan sambungan darin filem Bikers Kental pertama yang dikeluarkan pada 2013 dimana watak Bidin berjumpa semula dengan samseng kejam Thailand, Albuqueq. Watak ini dimain oleh pelakon negara, Amerul Affendi.

Gabungan elemen permotoran Malaysia, negara dan juga masyarakat Thailand berjaya dipertengahkan dalam filem ini yang diterbit oleh syarikat produksi MRB Network Sdn Bhd, Califworks Studio Sdn Bhd dan TGV Pictures Sdn Bhd. Penggambaran kali ini membawa para penonton untuk menikmati suasana riang di Thailand seperti Phuket, Hatyai dan Dan Nok.

Menurut pengarah urusan syarikat MRB Network, Kamal Akmal Ibrahim, “Kami mahu menarik minat, terutama sekali dari kalangan komuniti bikers dan peminat sukan permotoran. Aksi mendebarkan lagi menyentuh perasaan Bidin Al-Zaifa dan Eddie pastinya menjadi tumpuan beserta dengan kisah bagaimana mereka menyelesaikan masalah baru dan lama.”

Bikers Kental 2 akan mula ditayangkan di pawagam TGV seluruh negara mulai 14 Mac 2019. Untuk maklumat lanjut, layari www.tgv.com.my.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.