JPJ: Jangan Lari Atau Anda Akan Disenarai Hitamkan

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff (tengah) menunjukkan gambar gelagat penunggang motosikal yang membuat pusingan-U melarikan diri dari sekatan jalan raya – Sumber imej: NSTP: Harian Metro

  • Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mengeluarkan amaran kepada penunggang motosikal supaya tidak melarikan diri dari sekatan jalan raya.
  • Jabatan berkenaan akan merekodkan mereka yang melarikan diri sebagai bukti.
  • Mereka kemudiannya akan mengeluarkan notis sebelum mengambil tindakan menyaman dan menyenarai hitam penunggang yang melarikan diri sekatan jalan raya.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan amaran terhadap pengguna jalan raya, terutamanya bagi penunggang motosikal untuk tidak melarikan diri dari sekatan jalan raya. Jika tidak, mereka mungkin akan disenarai hitam.

Sudah acap kali kita melihatnya: Motosikal menuju arah yang bertentangan melawan aliran trafik, dalam cubaan mereka untuk melarikan diri dari sekatan jalan raya. Tindakan ini bukan sahaja mmbahayakan nyawa penunggang motosikal berkenaan, tetapi juga para pengguna jalan raya yang lain.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, mengatakan bahawa mereka akan mengeluarkan notis buat mereka yang didapati melarikan diri dari sekatan jalan raya, sebelum mengambil tindakan menyenarai hitam mereka mengikut Seksyen 55 Akta Jalan Raya 1987.

Dia menambah bahawa pegawainya akan merekodkan mereka yang melarikan diri dari sekatan jalan raya sebagai bukti.

“Kami akan mengeluarkan Notis 114 yang mengarahkan pemilik kenderaan untuk menghadirkan diri untuk soal siasat dalam tempoh 21 hari. Sekiranya dia gagal melakukannya, kami akan mengeluarkan kompaun RM150 dan dia akan disenarai hitamkan.”

Kenderaan yang disenarai hitam membuatkan pemiliknya tidak dapat memperbaharui lesen pemandu dan cukai jalan kenderaannya.

Kenyataan ini telah dibuat oleh Encik Firdaus sewaktu majlis penutup Ops Selamat bersempena dengan Tahun Baru Cina. Operasi yang berjalan dari 29 Januari hingga 12 Februari, di mana 1,236 saman telah dikeluarkan untuk pelbagai kesalahan. Pemilik motosikal merupakan majoriti terbesar antara para pemilik kenderaan dengan 329 kes. Dari jumlah ini, sebahagian besar kesalahannya adalah berkaitan dengan cukai jalan.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/423183/jika-lari-kena-senarai-hitam

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.