Porsche 718 Cayman SportDesign Series 2019 dilancarkan! RM625,000

Setelah dua tahun Porsche 718 Cayman dilancarkan untuk pasaran Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) memperkenalkan varian terkini yang lebih menampilkan gaya ‘sporty’ iaitu Porsche 718 Cayman SportDesign Series 2019.

Model yang teramat ‘rare’ ini hanya terdapat 15 unit untuk pasaran negara dimana mereka yang berminat boleh memilih antara warna Racing Yellow, Guards Red dan Carrara White Metallic (5 unit bagi setiap warna sahaja).

Model 718 Cayman SportDesign Series memberi sebuah kenderaan berprestasi tinggi dengan elemen tersendiri dari seti reka bentuk dan juga kelengkapan. Rupa paras yang telah dipertingkatkan lagi dengan pakej SportDesign yang mengandungi spoiler depan, apron belakang, pakej ekzos hitam dan banyak lagi memberi sebuah jentera yang lebih unik dan ‘sporty’.

Ruang dalaman kabin juga telah melalui penambahbaikkan pakej SportDesign dengan hiasan gentian karbon, kemasan kulit hitam, sistem audio Bose Surround Sound dengan 10 pembesar suara, tempat duduk berkuasa dan banyak lagi.

Dari segi prestasi, enjin 2.0-liter empat silinder turbo dengan 300hp mampu memecut dari 0-100km/h bawah empat saat sahaja dengan adanya Sport Chrono Package dan sistem transmisi PDK. Spesifikasi menarik lain termasuk Porsche Active Suspension Management (PASM) untuk kedudukan kenderaan yang lebih rendah dan dua pilihan rim 20-inci Carrera S atau Carrera Sport Wheel.

SDAP akan menawarkan model Porsche 718 Cayman SportDesign Series pada harga RM625,000 (harga atas jalan tanpa insurans) dan setiap model akan menerima waranti dan pakej penyelengaraan selama 4 tahun. Setakat ini, lima unit telah pun berjaya dijual dan jika anda berminat, sila cepat.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply