Bengkel ‘Heels & Wheels’ Padam Stigma Terhadap Wanita Di Jalan Raya

  Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat  (KPWKM) dengan sokongan daripada PROTON, Petron dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) telah meganjurkan bengkel penyelenggaraan kereta bagi wanita.  Objektif utama bengkel ini adalah untuk memperkasakan wanita dengan ilmu untuk menjaga kenderaan serta keselamatan diri…

Cycle & Carriage Mutiara Damansara Tawar Pengalaman Pelanggan Berbeza

Mercedes Benz Malaysia (MBM) menetapkan  petanda aras baharu jenama premium mewah itu menerusi Cycle & Carriage Bintang, Mutiara Damansara. Konsep terbaru daripada MBM ini membuktikan komitmen pengeluar kereta Jerman itu dalam menawarkan pengalaman terbaik kepada pelanggan. Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr. Claus Wedner menyifatkan pelancaran ini membentuk definisi baharu arena penjualan kereta. “Kami sentiasa berbesar hati…

Benelli TRK 251 dan Leoncino 250 Kini Di Malaysia – Harga Dari RM13,888

Bagi pemegang lesen B2 dan penunggang yang mahu berjinak dengan ‘motor besar’, anda kini berpeluang memilih di antara sebuah motosikal jenis adventure dan scrambler. Benelli TRK 251 Direka khas bagi penunggang yang mahu memulakan pengembaraan, Benelli mendakwa TRK 251 mampu mendominasi laluan mencabar meskipun dikendalikan penunggang novis. Enjin satu silinder dengan sistem penyejukan cecair dan…

Dego Ride Berharap Syarikat Tempatan Diberikan Keutamaan

Pengasas Dego Ride, Nabil Feisel Bamadhaj, mengharapkan kerajaan mengutamakan syarikat tempatan selepas memberi lampu hijau untuk memperkenalkan servis e-hailing motosikal di Malaysia. Nabil menerima baik keputusan kerajaan untuk membenarkan servis sedemikian beroperasi di Malaysia. “Harapan saya Dego Ride diberikan keutamaan dalam pasaran e-hailing motosikal di Malaysia. “Persaingan perlu ada tetapi kami berharap mendapat keutamaan dalam…

Perkhidmatan Gojek Dapat Lampu Hijau Daripada Kabinet

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman memaklumkan bahawa cadangan untuk membenarkan servis e-hailing Gojek beroperasi di Malaysia telah mendapat lampu hijau daripada Kabinet. Menurut laporan The Star, Syed Saddiq menyifatkan langkah ini sebagai langkah membuka peluang perniagaan kepada ‘mat motor’di Malaysia. “Kami ikhlas dalam memastikan ‘mat motor’ ada peluang pekerjaan. “Pada masa sama,…

JPJ Johor Sasar Kutipan Lebih RM1 Juta Bagi Nombor Plat ‘JTR’

Jabatan Pengangkutan Jalan Johor mensasarkan kutipan lebih RM1 juta bagi penjualan nombor plat kenderaan ‘JTR’. Menurut pengarah JPJ Johor, Razali Wagiman, orang ramai boleh membuat bidaan secara atas talian menerusi JPJ e-bid bermula malam tadi sehingga 25 Ogos. Ini merupakan julung kalinya, JPJ Johor menggunakan sistem JPJ e-bid tatkala semua bidaan sebelum ini dijalankan secara…

32,000KM Dari KL Ke Jerman Dengan AE86 Untuk Pinang Bakal Isteri

Menurut perkongsian di laman Facebook hayashi86.com, seorang lelaki bernama Hadri bakal menempuh perjalanan lebih 32,000km dengan Toyota AE86 menuju ke Jerman untuk mengahwini wanita dicintainya. Menurut Hadri, dia mengenali teman wanitanya pada 2007 dan beberapa tahun kemudian dia meluahkan niatnya untuk menjadikan wanita tersebut sebagai isterinya. Tahun lalu, Hadri mendapat idea untuk pergi ke Eropah…

Tempuh 14,000KM Dari Rantau Panjang Ke Tanah Suci Dengan Yamaha 135 LC

Tatkala penunggang motosikal lain sibuk membuat perancangan untuk menunggang ke Thailand dan negara jiran lain, tiga individu telah berjaya menempuh tunggangan selama 87 hari untuk tiba di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah. Diami Yusof, 60, Mohd Fadli Abdul Rashid, 43 dan Ahmad Zainali Zulkifli, 65 menyifatkan pengembaraan mereka sebagai “Gi Mekoh Nga Mutor” – pergi…