TRAPO Asia Lancar TRAPO MARK II, Karpet Kereta Bebas 99.9 Peratus Kuman

Pengeluar karpet kereta tempatan, TRAPO Asia melancarkan TRAPO MARK II, produk baharu yang dijamin mampu meningkatkan pengalaman pemanduan. TRAPO Asia turut mensasarkan untuk memperkuatkan kedudukan di pasaran benua Asia menerusi TRAPO MARK II. Menerusi slogan “Trap Your Worries”,  TRAPO Asia turut mahu mengembangkan produk kepada semua jenis kenderaan empat roda. Dalam tempoh tiga tahun ini, …

BMW R1250 GS: Berat 250KG Tapi Seimbang Bagaikan Atlet Gimnastik

Teringat lagi saat BMW Motorrad Malaysia melancarkan BMW R1250 GS dan R1250 GS Adventure ketika BMW Night Fuel yang berlangsung di Bandar Malaysia, Julai lalu. Saat kemunculan kedua-dua model tersebut di atas pentas membuatkan bulu roma meremang tanpa kawalan. Ketika itu, sesi monolog bermula,”Alangkah seronoknya kalau dapat menunggang dua kuda liar ini”. Lebih sebulan kemudian,…

Proton Saga 2019: Model Popular Rakyat Malaysia Kembali, Harga Dari RM32,800!

Selepas memperkenalkan kemaskini baharu bagi model Proton Persona, Iriz dan Exora sebelum ini, pengeluar kereta nasional itu melancarkan Proton Saga edisi baharu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC), hari ini. Model pilihan utama rakyat Malaysia itu masih kekal dengan enjin 1.3 liter namun telah ditambah baik dengan transmisi empat kelajuan Hyundai Powertech – menggantikan…

Insiden ‘Cop’ Tempat Letak Kereta Jadi Viral Di Laman Sosial

Sebuah video menjadi viral di Facebook menunjukkan dua buah kereta berebut tapak letak kereta di Aeon Cheras Selatan. Pengguna Facebook, Engku Iskandar berkongsi pengalamannya yang ketika itu sedang memandu kereta jenis Honda BR-V. Ketika sedang mengundur masuk, secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota Vios cuba mencuri masuk menerusi ruang sempit. Saksikan video rakaman di bawah:…

Hanya RM10 Untuk ‘Oil Filter’ Original Aprilia Dan Moto Guzzi!

Kebiasaannya pengguna motosikal jenis Aprilia dan Moto Guzzi perlu membelanjakan lebih RM350 untuk servis penuh – minyak enjin, penapis minyak dan upah – tetapi Didi Resources, pengedar rasmi kedua-dua jenama motosikal Itali itu sedang menawarkan harga istimewa! Pelanggan kini hanya dikenakan RM10 bagi pertukaran penapis minyak sekaligus menjimatkan kos keseluruhan servis yang kini bermula serendah…

Kemalangan Di LDP Salah Penunggang Motosikal?

Demikian kenyataan dibuat seorang warga laman sosial yang bertindak mengecam penunggang motosikal yang terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) semalam. Penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan tersebut disyaki dalam perjalanan pulang daripada Karnival Gen Blu Yamaha yang berlangsung di MAEPS, Serdang. Menurut rakaman ‘dashcam’ yang telah dikongsikan akaun Facebook Info Roadblock…

Pinjaman 360, Macan S Antara Tumpuan Utama di Porsche Sportscar Together Day

  Antara acara ditunggu-tunggu peminat dan pemilik Porsche di Malaysia, Porsche Sportscar Together Day telah berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini. Acara tersebut merupakan julung kalinya diadakan di Malaysia selepas kejayaan pertama yang dianjurkan tahun lalu bagi meraikan ulangtahun ke-70 Porsche. Sejarah baharu turut dilakar apabila Porsche Sportscar Together Day menyaksikan perhimpunan Porsche terbesar…

Guna 95 Peratus Bahan Kitar Semula, Harga BMW i3s Diumumkan – RM278,800

Kereta yang BMW dakwa menggunakan 95 peratus bahan boleh kitar semula kini boleh didapati di semua pengedar BMW terdekat. Walaupun direka dengan tujuan utama menghasilkan ‘zero emission’ atau karbon sifar, model baharu ini turut dihasilkan dengan kebolehan kitar semula. Bahagian dalam menggunakan 80 peratus bahan kitar semula dan bahan yang boleh diguna semula. Bahagian tempat…

Karnival Gen Blu Yamaha 2019 Bakal Lakar Rekod Baharu

Acara yang paling dinanti-nanti tahun ini itu bakal berlangsung pada 4 Ogos ini di MAEPS, Serdang dengan bertujuan untuk meraikan semua penunggang motosikal Yamaha. Seorang pengunjung bertuah akan berpeluang untuk membawa pulang sebuah Yamaha MT-09 serba baharu menerusi cabutan bertuah. Orang ramai yang hadir hanya perlu membelanjakan lebih RM80 dalam satu resit di karnival tersebut…