Guna 95 Peratus Bahan Kitar Semula, Harga BMW i3s Diumumkan – RM278,800

Kereta yang BMW dakwa menggunakan 95 peratus bahan boleh kitar semula kini boleh didapati di semua pengedar BMW terdekat.

Walaupun direka dengan tujuan utama menghasilkan ‘zero emission’ atau karbon sifar, model baharu ini turut dihasilkan dengan kebolehan kitar semula.

Bahagian dalam menggunakan 80 peratus bahan kitar semula dan bahan yang boleh diguna semula. Bahagian tempat duduk penumpang depan memaparkan panel yang dihasilkan daripada kayu eucalyptus.

BMW Group menjadi pengeluar automotif pertama yang menggunakan kayu eucalyptus daripada pengurusan hutan yang berdaftar pada 2013.

Kemasan di bahagian pintu yang selalunya menggunakan plastik berasaskan petroleum telah digantikan dengan gentian kuat daripada tumbuhan Kenaf – yang berkemampuan menukarkan karbon dioksida kepada oksigen pada kadar tinggi.

Tempat duduk pula menggunakan kulit ‘naturally-tanned’ dengan ekstrak daun zaitun sementara fabrik yang digunakan didatangkan daripada poliester yang telah dikitar semula.

Lebih menarik, BMW i3s yang tidak lagi boleh digunakan pada masa akan datang boleh dikitar semula sekaligus dapat mengurangkan bahan buangan yang akan memberi kesan terhadap alam sekitar.

Pemilik BMW i3s akan mendapat pengalaman pemilikan premium daripada BMW Group Malaysia yang terdiri daripada:

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Dalam Talian oleh BMW

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.