Pinjaman 360, Macan S Antara Tumpuan Utama di Porsche Sportscar Together Day

 

Antara acara ditunggu-tunggu peminat dan pemilik Porsche di Malaysia, Porsche Sportscar Together Day telah berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Acara tersebut merupakan julung kalinya diadakan di Malaysia selepas kejayaan pertama yang dianjurkan tahun lalu bagi meraikan ulangtahun ke-70 Porsche.

Sejarah baharu turut dilakar apabila Porsche Sportscar Together Day menyaksikan perhimpunan Porsche terbesar di litar lumba di Malaysia.

Selain daripada keseronokan berkongsi minat yang sama, Sime Darby Auto Performance (SDAP) turut mengumumkan program kewangan terbaru – Pinjaman 360 (360 Leasing) – yang membenarkan pemilik memandu model Porsche serba baharu selama tiga tahun atau 60,000km tanpa perlu bimbang tentang ‘resale value’.

Pelanggan hanya perlu membayar bayaran pinjaman setiap bulan sepanjang tempoh pinjaman tersebut dan sebaik tempoh berakhir, pelanggan diberi pilihan sama ada untuk naik taraf model Porsche.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan menikmati pakej insurans komprehensif termasuk cermin depan dan perlindungan daripada bencana alam, cukai jalan dan bantuan tepi jalan 24 jam oleh Porsche Assist.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang 360 Leasing, layari http://dealer.porsche.com/malaysia/. Kalkulator turut disediakan bagi memudahkan pelanggan membuat kiraan.

Sempena dengan Sportscar Together Day, SDAP turut memperkenalkan Macan S serbah baharu selepas melancarkan model asas – Macan – di pusat pameran Porsche Sungai Besi, baru-baru ini.

Turut menghangatkan acara hari ini, pengunjung disambut dengan barisan model Porsche 911 dari generasi pertama hingga terbaru, Porsche 911 Carrera 4S yang bernilai RM1.2 juta!

Kanak-kanak turut diberi peluang untuk merasai pengalaman pemanduan Porsche menerusi permainan e-sports dan Program Junior Porshce.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply