Cycle & Carriage Mutiara Damansara Tawar Pengalaman Pelanggan Berbeza

Mercedes Benz Malaysia (MBM) menetapkan  petanda aras baharu jenama premium mewah itu menerusi Cycle & Carriage Bintang, Mutiara Damansara.

Konsep terbaru daripada MBM ini membuktikan komitmen pengeluar kereta Jerman itu dalam menawarkan pengalaman terbaik kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr. Claus Wedner menyifatkan pelancaran ini membentuk definisi baharu arena penjualan kereta.

“Kami sentiasa berbesar hati kerana dapat menyediakan pengalaman terbaik kepada para pelanggan. Kami percaya penyampaian baharu  ini akan membantu kami dalam memenuhi kehendak pelanggan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Bintang, Wilfred Foo turut menyambut kenyataan Dr Claus.

“Kami bangga kerana menjadi yang pertama diberikan penghormatan untuk membawa jenama Mercedes ke peringkat yang lebih tinggi,” jelasnya.

Bagi memberikan pengalaman terbaik, setiap pelanggan yang masuk ke Cycle & Carriage Bintang, Mutiara Damansara akan disambut dengan Star Assistant.

Tempat duduk selesa dan cukup privasi turut disediakan kepada pelanggan.

Setiap ruang pameran bermula dari pintu masuk sehingga ke ruang dalam telah ditambah baik bagi menawarkan pengalaman terbaik dan mewah.

Cycle & Carriage Bintang turut menyediakan ruang Virtual Reality bagi menyampaikan info dengan lebih baik dan terperinci.

Sementara menanti kereta diservis, pelanggan boleh menikmati makan dan minum di ruang cafe yang disediakan.

Bukan itu sahaja, sebagai penghargaan kepada pemilik baharu Mercedes Benz,  penyerahan kereta kepada pelanggan akan turut ditemani iringan muzik dan paparan media sekaligus membentuk pengalaman terbaik.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.