JPJ Johor Sasar Kutipan Lebih RM1 Juta Bagi Nombor Plat ‘JTR’

Jabatan Pengangkutan Jalan Johor mensasarkan kutipan lebih RM1 juta bagi penjualan nombor plat kenderaan ‘JTR’.

Menurut pengarah JPJ Johor, Razali Wagiman, orang ramai boleh membuat bidaan secara atas talian menerusi JPJ e-bid bermula malam tadi sehingga 25 Ogos.

Ini merupakan julung kalinya, JPJ Johor menggunakan sistem JPJ e-bid tatkala semua bidaan sebelum ini dijalankan secara manual.

Syarikat dan individu yang berminat untuk membuat bidaan perlu mendaftar terlebih dahulu di setiap cawangan JPJ jika tiada rekod dalam sistem mySIKAP.

Bayaran hanya boleh dibuat menerusi kad debit/kredit dan keputusan akan diumumkan sehari selepas tarikh bidaan ditutup.

Untuk maklumat lanjut layari [email protected]

(SUMBER: NST)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.