32,000KM Dari KL Ke Jerman Dengan AE86 Untuk Pinang Bakal Isteri

Sumber: hayashi86 @ Facebook

Menurut perkongsian di laman Facebook hayashi86.com, seorang lelaki bernama Hadri bakal menempuh perjalanan lebih 32,000km dengan Toyota AE86 menuju ke Jerman untuk mengahwini wanita dicintainya.

Menurut Hadri, dia mengenali teman wanitanya pada 2007 dan beberapa tahun kemudian dia meluahkan niatnya untuk menjadikan wanita tersebut sebagai isterinya.

Tahun lalu, Hadri mendapat idea untuk pergi ke Eropah dengan memandu kereta dan ketika itu ramai yang beranggapan dia sekadar bergurau.

Sumber: hayashi86 @ Facebook

Dia kemudiannya memulakan langkah pertama dengan mencari penaja – antaranya FTuned Suspension/Yokohama Tyres – dan telah pun berjumpa dengan pihak Kementerian Pelancongan bagi menguruskan visa perjalanannya.

Semalam, Hadri telah pun memulakan perjalanan pertamanya – yang dijangka memakan masa lebih tiga bulan – yang bermula di Putrajaya dan dirasmikan Kementerian Pelancongan.

Sumber: hayashi86 @ Facebook

Untuk menjadikan perjalanannya lebih menarik, dia turut bakal menguji kemampuan jentera AE86 miliknya di litar Nurburgring.

Sumber: hayashi86 @ Facebook

Orang ramai yang berminat untuk mengikuti perkembangannya boleh layari laman instagram @ae86worldtour serta laman sesawang www.ae86tour.my.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.