Dego Ride Berharap Syarikat Tempatan Diberikan Keutamaan

Pengasas Dego Ride, Nabil Feisel Bamadhaj, mengharapkan kerajaan mengutamakan syarikat tempatan selepas memberi lampu hijau untuk memperkenalkan servis e-hailing motosikal di Malaysia.

Nabil menerima baik keputusan kerajaan untuk membenarkan servis sedemikian beroperasi di Malaysia.

“Harapan saya Dego Ride diberikan keutamaan dalam pasaran e-hailing motosikal di Malaysia.

“Persaingan perlu ada tetapi kami berharap mendapat keutamaan dalam pasaran,”katanya kepada Malaysiakini.

“Saya harap lampu hijau ini bukan sahaja untuk Gojek tetapi juga untuk Dego Ride kembali beroperasi,” jelasnya.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman mendedahkan bahawa cadangan memperkenalkan servis e-hailing motosikal telah mendapat lampu hijau bagi mmberi peluang pekerjaan kepada mat motor di Malaysia.

Kementeria Pengangkutan dan Kementerian Belia Dan Sukan telah pun diarahkan untuk mengkaji prospek perkhidmatan ini.

Terdahulu, pada 2017, kerajaan pimpinan Barisan Nasional telah pun mengharamkan Dego Ride atas tujuan keselamatan.

Sementara Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turut menjelaskan bahawa pihak kerajaan masih belum bersedia untuk menerima servis, Julai lalu.

(SUMBER: Malaysiakini)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.