Perkhidmatan Gojek Dapat Lampu Hijau Daripada Kabinet

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman memaklumkan bahawa cadangan untuk membenarkan servis e-hailing Gojek beroperasi di Malaysia telah mendapat lampu hijau daripada Kabinet.

Menurut laporan The Star, Syed Saddiq menyifatkan langkah ini sebagai langkah membuka peluang perniagaan kepada ‘mat motor’di Malaysia.

“Kami ikhlas dalam memastikan ‘mat motor’ ada peluang pekerjaan.

“Pada masa sama, kami mahu pakcik dan makcik yang berniaga warung mampu menjual produk mereka menerusi servi ini.

“Usahawan muda juga boleh menggunakan servis ini untuk menjual barangan mereka,”katanya.

Menurutnya lagi, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Belia dan Sukan telah pun diarahkan untuk mengkaji setiap aspek servis ini secara terperinci.

Difahamkan, kerajaan memerlukan satu hingga dua bulan untuk servis e-hailing motosikal mendapat kelulusan.

Syed Saddiq turut menjelaskan bahawa cadangan ini bukan sahaja terbuka untuk Gojek malah syarikat tempat yang dikenali sebagai Dego Ride.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply