Orang ramai dilarang untuk membuat perjalanan ke luar negeri bermula 12 malam ini menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. Larangan itu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin dalam satu ucapan khas malam tadi. Menurut Tan Sri Abdul Hamid Bador, orang ramai yang mahu membuat perjalan…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perodua telah menangguhkan semua operasi seluruh negara sehingga 31 Mac ini. Penangguhan tersebut menyaksikan segala perihal melibatkan penghantaran dan penyerahan kereta baharu termasuk servis dan perkhidmatan hanya akan kembali beroperasi selepas Perintah Kawalan Pergerakan berakhir. Pihak Perodua turut akan menghubungi pelanggan sekiranya perlu…
Susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Honda Malaysia membuat keputusan untuk memberhentikan operasi kilang di Pegoh, Melaka. Kilang tersebut akan kembali beroperasi pada 1 April 2020. Perdana Menteri membuat pengumuman tersebut malam tadi sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19. Setakat ini, Malaysia merekodkan 574 kes Covid-19 dengan 811 masih…
Bagi menyambut gesaan kerajaan dalam menguatkuasakan penggunaan kerusi kanak-kanak, Shell Malaysia menawarkan 138 kerusi kanak-kanak secara percuma disemua stesen minyak Shell. Penggunaan kerusi kanak-kanak dengan Child Restraint System (CRS) membantu dalam merendahkan risiko kanak-kanak mengalami kecederaan serius sepertimana yang telah ditekankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Malaysia merekodkan angka tinggi kemalangan membabitkan kanak-kanak namun menurut Institut…
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tiada perancangan untuk menaikkan cukai jalan sepertimana yang digembar-gemburkan di media sosial baru-baru ini. Kenyataan tersebut dibuat tatkala terdapat pihak menyebarkan khabar angin tersebut. “JPJ ingin menekankan bahawa harga cukai jalan masih sama dan tiada kenaikan akan berlaku seperti yang didakwa,” jelasnya dalam satu kenyataan. Pada masa sama, JPJ menggesa orang…
Kerajaan United Kingdom bercadang untuk mempertuntukkan lebih GBP2.5 bilion (RM13.4 bilion) dalam usaha baik pulih jalan berlubang di negara itu dalam tempoh lima tahun. Menurut laporan Visordown, Chancellor, Rishi Sunak berkata GBP500 juta akan disalurkan setiap tahun (untuk tempoh lima tahun) kepada pihak berkuasa tempatan untuk baik pulih jalan raya sekaligus memastikan tiada lagi jalan…
Sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan wabak Covid-19, UMW Toyota Motor mengumumkan bahawa pusingan keempat, TGR Festival Musim Ketiga di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 18 dan 19 April ini akan berlangsung secara tertutup. Ini sebagai sokongan terhadap gesaan kerajaan untuk membatalkan atau menunda sebarang acara yang melibatkan pengunjung yang ramai susulan Covid-19. Menurut kenyataan, hanya…
Pasukan Malaysia menamatkan saingan BMW Motorrad International GS Trophy 2020 di kedudukan ke-18. Trio negara, Norizuan Abdullah, Chan Kiang Wei dan Mohd Zulfakar Mohd Alghaus – yang merupakan juara kelayakan Asia Tenggara – antara 23 pasukan yang bertanding dalam pengembaraan lebih 3,000 kilometer. GS Trophy edisi ketujuh ini yang berlangsung selama lapan hari menyaksikan pasukan…
Kenyataan itu disahkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Dato Razlan Razali, susulan pembatalan beberapa venue awal MotoGP musim ini ekoran wabak Covid-19. Aksi pembukaan kelas premier MotoGP di Qatar dibatalkan sebelum Thailand, Amerika Syarikat dan terbaru, GP Argentina turut mengikut langkah sama. Baru-baru ini Razlan mengemukakan persoalan adakah wajar untuk Litar Antarabangsa…