JPJ Nafi Khabar Angin Cukai Jalan Akan Dinaikkan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tiada perancangan untuk menaikkan cukai jalan sepertimana yang digembar-gemburkan di media sosial baru-baru ini.

Kenyataan tersebut dibuat tatkala terdapat pihak menyebarkan khabar angin tersebut.

“JPJ ingin menekankan bahawa harga cukai jalan masih sama dan tiada kenaikan akan berlaku seperti yang didakwa,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, JPJ menggesa orang ramai untuk tidak mudah mempercayai maklumat tidak sahih dan sentiasa menyemak sumber maklumat tersebut.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply