Benelli TNT135SE Datang Dengan Warna Baharu Bagi 2020

Benelli TNT135SE kini didatangkan dengna warna baharu bagi tahun 2020. Pengedar jenama Benelli di Malaysia, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd memperkenalkan warna Striking Green bagi motosikal segmen fun bike itu. Benelli TNT135SE didatangkan dengan enjin 135cc yang mematuhi emisi EURO 4 dan menjana 13hp pada 9,000rpm. Mengekalkan tangki 7.2 liter, TNT135SE merupakan motosikal jenis fun…

Diskaun 40 Peratus Bagi SHARK Spartan Carbon Di Modenas Powerstore!

Helmet popular bagi kalangan peminat touring, SHARK kini menawarkan diskaun 40 peratus bagi Spartan Carbon. Selain daripada penggunaan bahan gentian karbon – elemen mustahak nak nampak jahat – , SHARK Spartan Carbon ini turut menawarkan rekaan tampak garang dan sporty. Antara ciri penting ditawarkan: penggunaan bahan gentian karbon dan gentian kaca multiaxial Multi-density EPS (melindungi…

Bentley Kuala Lumpur Perkenalkan Mulsanne W.O Edition by Mulliner – RM1.8 Juta!

Bentley Motors memperkenalkan Mulsanne edisi terhad sebagai penghormatan terhadap pengasas syarikat tersebut. Mulsanne Walter Owen (W.O) Edition by Mulliner ini dihasilkan sempena meraikan 100 tahun Bentley pada 2019 dengan hanya 100 unit dihasilkan. Menariknya, setiap satu daripada unit Mulsanne W.O Edition by Mulliner ini mengandungi sebahagian daripada crankshaft kereta Bentley 8L peribadi milik W.O sendiri yang…

SUPER GT Malaysia Festival Kembali Bagi 2020!

Malaysia bakal menjadi saksi kepada perlumbaan waktu malam sulung bagi Super GT Series. Selepas enam tahun menyepi, SUPER GT kembali ke Malaysia pada 16 hingga 19 Julai ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). SUPER GT Malaysia Festival 2020 merupakan satu di antara dua perlumbaan yang diadakan di luar Jepun dan merupakan pusingan 5 daripada Siri…

Netizen Mahu Litar Sepang Anjur Dua Kali MotoGP Tahun Ini?

Rata-rata netizen bersetuju agar Litar Antarabangsa Sepang menganjurkan dua kali MotoGP musim ini. Cadangan itu dikemukakan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC),Dato Razlan Razali menerusi undian yang dijalankan menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya. Setakat ini, lebih 768 undian telah pun diterima dengan 95 peratus bersetuju agar Sepang menganjurkan MotoGP dua kali musim ini….

Big Bike Warehouse: 53 Motosikal Dijual, Lebih RM4.5 Juta Berjaya Dikutip!

Big Bike Warehouse melakar sejarah baharu dalam dunia dua roda apabila merekodkan lebih RM4.5uta penjualan motosikal dan aksesori dalam tempoh tiga hari acara tersebut berlangsung. Diadakan di Warehouse 15 Gasket Alley, acara yang berlangsung selama tiga hari itu bertujuan untuk menawarkan promosi istimewa terhadap pelanggan yang mengidamkan peluang memiliki jentera idaman. Antara jenama yang dijual…

Modenas Tawar Harga Lebih Rendah Bagi Pulsar RS200 Dan Dominar D400!

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mengumumkan harga baharu bagi Pulsar RS200 dan Dominar D400 dengan penurunan lebih dari 10 peratus. Modenas Pulsar RS200 kini ditawarkan pada RM9,990 (penurunan 12 peratus) sementara Dominar D400 yang sebelum ini ditawarkan pada RM15,488 kini berharga RM13,788. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, harga baharu tersebut berpunca…

Moto2:Tetsuta Nagashima Lakar Sejarah Bersama Red Bull KTM Ajo

Perlumbaan penuh bermakna berlangsung di Litar Losail, Qatar, apabila aksi Moto2 menyaksikan Tetsuta Nagashima merekodkan kemenangan sulung bersama Red Bull KTM Ajo. Aksi pertama musim ini menyaksikan ketiadaan kelas premier susulan Qatar mengenakan kuarantin 14 hari bagi setiap pengunjung luar susulan penularan wabak Covid-19. Aksi di Losail sekaligus terarah ke saingan Moto2. Meskipun bergelut ketika…

Triumph Rocket 3 R Dan GT Mendarat Di Malaysia- Harga Dari RM130,900!

Triumph Malaysia menerusi Fastbikes Sdn Bhd, melancarkan Triumph Rocket 3 R dan GT untuk pasaran tempatan, hari ini. Meneruskan legasi Rocket III yang dilancarkan 16 tahun lalu, Triumph Rocket 3 R dan GT merupakan motosikal untuk pasaran umum dengan enjin terbesar pernah dihasilkan – 2,500cc – sekaligus muncul sebagai pesaing utama Ducati Diavel. The Beast…