138 Kerusi Kanak-Kanak Menanti Pelanggan Bertuah Shell!

Bagi menyambut gesaan kerajaan dalam menguatkuasakan penggunaan kerusi kanak-kanak, Shell Malaysia menawarkan 138 kerusi kanak-kanak secara percuma disemua stesen minyak Shell.

Penggunaan kerusi kanak-kanak dengan Child Restraint System (CRS) membantu dalam merendahkan risiko kanak-kanak mengalami kecederaan serius sepertimana yang telah ditekankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Malaysia merekodkan angka tinggi kemalangan membabitkan kanak-kanak namun menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) hanya 30 peratus pemandu yang mengguna pakai kerusi kanak-kanak.

Kerajaan telah menguatkuasakan penggunaan kerusi kanak-kanak bermula 1 Januari 2020.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzali Husain menegaskan bahawa pihaknya sentiasa mencari jalan terbaik demi pelanggannya.

“Kami sentiasa menawarkan pengalaman terbaik untuk pelanggan kami. Ini merupakan salah satu daripada cara kami untuk menggalakkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Kebanyakkan daripada ibu bapa tidak tahu kepentingan penggunaan kerusi dengan CRS.

“Kami berharap dengan cara memberikan ganjaran ini, ibu bapa akan lebih menitik beratkan perkara ini,” katanya.

Shell menawarkan kerusi kanak-kanak ini dari 17 Februari hingga 12 April ini di 136 stesen Shell terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan dengan 17 pelanggan bertuah berpeluang memenangi kerusi kanak-kanak setiap minggu!

Lim Yen Wei, antara pemenang pertama kerusi tersebut menyifatkan ganjaran terbaru dari Shell ini sangat membantu.

“Saya sangat utamakan anak saya yang berusia 2 tahun. Sehingga kini, saya terpaksa bertukar ganti kerusi di antara kereta saya dan isteri saya namun dengan ganjaran baharu ini, saya boleh bergerak sana sini tanpa perlu berasa bimbang, terima kasih Shell!” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemenang Mohd Faizal Abdul meluahkan rasa lega dengan ganjara diterima.

“Anak saudara saya berusia 3 tahun kini boleh ke sana sini dengan lebih selamat. Saya gembira Shell mempromosikan penggunaan kerusi kanak-kanak dengan cara ini. Inisiatif ini sangat baik!” ujarnya.

Sehingga kini, 70 ibu bapa bertuah telah pun memenangi kerusi kanak-kanak.

Bagi yang berminat anda hanya perlu membelanjakan minimum RM40 dalam satu resit di stesen Shell terpilih dan kemudian mengisi borang tersedia bagi memenangi kerusi tersebut.

Untuk maklumat lanjut layari www.shell.com.my

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply