Pemandu E-Hailing Dan Teksi Terima Bantuan Secara ‘One-Off’

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan bantuan khas kepada pemandu e-hailing dan teksi yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika ini terdapat lebih 120,000 pemandu e-hailing di Malaysia dan kerajaan telah memperuntukan dana bantuan sekitar RM60 juta. Bagi mengurangkan beban pemandu yang terkesan dengan PKP, pemandu e-hailing (GRAB) akan menerima bantuan berbentuk…

PDRM Catat 1,796 Kes Ingkar PKP

Sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, pihak berkuasa tempatan berdepan pelbagai karenah orang awam yang masih ingkar. Ketika PKP dilaksanakan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara bagi mengawal pergerakan orang awam. Bagaimanapun, dalam situasi tersebut pihak berkuasa berdepan…

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Hingga 14 April 2020

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Keputusan itu dibuat tatkala jumlah pesakit yang positif Covid-19 telah meningkat sekali ganda ke 1,796 berbanding 673 kes seminggu lalu. Menurut kenyataan Perdana Menteri, lebih 95 peratus rakyat Malaysia telah pun mematuhi PKP namun baki 5 peratus lagi…

SHARK Spartan Carbon – Diskaun 40%, Penghantaran Percuma Sekitar Lembah Klang!

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dengan harapan semua rakyat Malaysia patuh dan Covid-19 dapat dibendung. Bagi kami yang ‘jiwa kelajuan’, perasaan nak kembali ‘riding’ pada hujung minggu semakin membuak-buak, untuk membuatkan penantian PKP berakhir lebih bermakna, kami ada barang baik nak kongsi. Modenas Powerstore menawarkan SHARK Spartan Carbon dengan diskaun…

Tak Perlu Perbaharui Lesen Memandu Sewaktu PKP

Bagi membendung penularan wabak Covid-19, kerajaan mengumumkan bahawa pembaharuan lesen memandu tidak perlu dilakukan sepajang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perkara itu disahkan sendiri Menteri Pengangktutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, selepas mengambil kira situasi semasa di samping kesukaran yang bakal dihadapi orang ramai sekiranya berpusu-pusu untuk memperbaharui lesen. Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk membawa…

Jangan Penting Diri- Hafizh Syahrin

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, menggesa orang ramai untuk tidak mementingkan diri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerajaan melaksanakan PKP dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 yang telah pun diumumkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Meskipun PKP telah pun memasuki hari ketujuh hari ini namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang degil tatkala…

Ribuan Pemandu Dan Penunggang Cuba Menyeberangi Jambatan Pulau Pinang

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pun memasuki hari keenam semalam namun masih ramai pengguna jalan raya yang ingkar terutamanya mereka yang berada di Pulau Pinang. Bagaimanapun, tindakan mereka tidak kesampaian tatkala disekat pihak berkuasa yang mengadakan sekatan jalan raya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Hanya segelintir yang dibenarkan melepasi sekatan susulan mempunyai…

Sayur Di Tanah Besar Lebih Segar, Antara Alasan Diterima Petugas Di Jambatan Pulau Pinang

Anggota polis dan tentera menerima pelbagai alasan ketika menahan kereta yang cuba menyeberangi jambatan Pulau Pinang ke tanah besar. Dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 pihak kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac ini. Ketika dalam PKP, orang ramai tidak boleh keluar dari rumah melainkan mempunyai alasan kukuh namun terdapat segelintir yang…

#MODENASPrihatin: Perangi Covid-19, Hospital Sultanah Bahiyah Terima Sumbangan

Sebagai tanda penghargaan terhadap barisan hadapan petugas kesihatan dalam membendung penularan Covid-19, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah menyumbangkan barangan elektrik kepada Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Sumbangan tersebut berupa kipas, cerek eletrik dan air mineral yang diharapkan dapat memberi kelegaan terhadap para petugas kesihatan yang berpenat lelah di samping sanggup merisikokan…