#MODENASPrihatin: Perangi Covid-19, Hospital Sultanah Bahiyah Terima Sumbangan

Sebagai tanda penghargaan terhadap barisan hadapan petugas kesihatan dalam membendung penularan Covid-19, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah menyumbangkan barangan elektrik kepada Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Sumbangan tersebut berupa kipas, cerek eletrik dan air mineral yang diharapkan dapat memberi kelegaan terhadap para petugas kesihatan yang berpenat lelah di samping sanggup merisikokan kesihatan sendiri dalam memerangi Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roslan mengharakan sumbangan ini meskipun kecil namun bermakna.

“Sebuah sumbangan yang tidak seberapa ini dari pihak kami, sebagai tanda penghargaan
kepada para doktor, jururawat, sukarelawan, pembantu perubatan dan juga tidak ketinggalan para pegawal keselamatan. Sememangnya ia merupakan satu pengorbanan yang besar, buat kakitangan barisan hadapan di samping terpaksa meninggalkan anak kecil dan keluarga demi keselamatan negara,” ujarnya.

Usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif #MODENASPrihatin yang selaras dengan tindakan kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19 yang ketika ini telah pun merekodkan 1306 kes dengan 11 kematian.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.