Naza Kia Malaysia iaitu pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, memberi peluang kepada peminat tenis tegar di dalam negara untuk menyaksikan perlawanan Singles Lelaki Australian Open 2019 secara langsung di Rod Laver Arena, Melbourne, Australia!
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja melancarkan siri baharu Mercedes-Benz C-Class 2019 yang kini dipertingkatkan lagi dari segi reka bentuk, prestasi dan juga keselamatan untuk kegunaan seharian. Model C-Class yang juga model yang paling laris dari MBM didatangkan dengan pelbagai penambahbaikan untuk gaya pemanduan yang lebih dinamik dan menarik.
Ford Motor Company bersama Sime Darby Auto Connexion (Ford Malaysia) baru sahaja melancarkan Ford Ranger generasi baharu yang menggabungkan teknologi, aspek keselamatan dan kemudahan terkini bagi para peminat kenderaan trak pikap di dalam negara.
Pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia iaitu Nasim Sdn Bhd baru sahaja melancarkan model terkini mereka iaitu Peugeot 308 THP. Pelancaran ini telah diadakan sempena pameran Peugeot Motion & Emotion Roadshow yang kini berlangsung di pusat membeli belah 1 Utama, Damansara sehingga 28 Oktober 2018.
Efkon Asia Sdn Bhd baru sahaja melancarkan alat peranti E-TAG generasi terkini yang serasi untuk penggunaan semua lorong SmartTAG di dalam Malaysia. Jenama sendiri yang dinamakan E-TAG ini dilancarkan untuk para pengguna lebuh raya yang masih ingin menikmati kemudahan lorong SmartTAG di dalam negara.
Penunggang motosikal superbike yang bertindak memukul seorang pekerja Petronas telah didapati bersalah dan didenda sebanyak RM2,000. Muhammad Nuralif Shaufiq Ahmad Fauzi, 25, telah mengaku bersalah menyebabkan kecederaan ke atas seorang pekerja Petronas pada 6 Oktober 2018. Ianya terjadi kerana pekerja Petronas dengan secara tidak sengaja telah mengisi minyak petrol RON95 dan bukannya RON97.
Pusingan kedua Toyota Gazoo Racing 2018 baru sahaja berakhir hujung minggu lepas dimana Aiman Tino muncul sebagai juara di dalam kategori ‘Promotional Class’. Dengan saingan yang sengit dari pelumba lain, Aiman Tino berjaya memiliki podium kedua berturut-turut selepas melintasi garisan penamat di hadapan Akim Ahmad di tempat kedua dan Naib Pengerusi UMW Toyota Motor Sdn…
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-Benz A-Class 2018 sempena pesta Urban Hunting yang akan berlangsung pada 19-20 Oktober 2018. Generasi A-Class generasi ke-empat ini merupakan model terkini yang mengabungkan elemen kemewahan dan reka bentuk menarik di dalam pakej yang kompak lagi berkuasa.
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) baru sahaja melancarkan Toyota Rush 2019 generasi baharu. Pelancaran ini diadakan sempena pusingan kedua Toyota Gazoo Racing Festival yang akan berlansung dari 20 – 21 Oktober 2018 di MAEPS, Serdang.