PDRM Catat 1,796 Kes Ingkar PKP

Sumber: IPD Petaling Jaya

Sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, pihak berkuasa tempatan berdepan pelbagai karenah orang awam yang masih ingkar.

Ketika PKP dilaksanakan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara bagi mengawal pergerakan orang awam.

Bagaimanapun, dalam situasi tersebut pihak berkuasa berdepan dengan pelbagai situasi antaranya alasan yang tak munasabah daripada orang awam yang ditahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner, Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah mendedahkan ada segelintir yang berpendapat jalan raya kosong adalah masa terbaik untuk meninjau Kuala Lumpur.

“Ada yang tinggal di Kajang tetapi sanggup ke Kuala Lumpur membeli makanan.

“Ada juga yang mendakwa dalam perjalanan ke bank meskipun waktu sudah melebihi 11 malam,” jelasnya.

Sementara Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Mohd Mustafa Bidin mendedahkan pihaknya telah mengarahkan sebuah kereta untuk berpatah balik kerana membeli alasan untuk bersiar-siar di sekitar pulau.

Seorang lelaki juga disekat daripada memasuki pulau gara-gara mengidam nasi kandar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sendiri memaklumkan terdapat orang awam yang melanggar PKP gara-gara untuk membeli pemutar skru demi projek DIY.

PDRM telah merekodkan lebih 1,796 kes ingkar PKP dengan 695 kes telah pun diambil tindakan.

Pelaksanaan PKP merupakan langkah kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19.

PKP yang sepatutnya berakhir 31 Mac ini telah dilanjutkan sehingga 14 April tatkala terdapat segelintir orang awam yang masih ingkar.

Setakat ini, kes positif Covid-19 telah pun mencecah 2,031 dengan 23 kematian direkodkan sementara 215 telah pun pulih.

(SUMBER: The Star)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.