GS Trophy 2020: Trio Negara Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-18!

Advertisements

Pasukan Malaysia menamatkan saingan BMW Motorrad International GS Trophy 2020 di kedudukan ke-18.

Trio negara, Norizuan Abdullah, Chan Kiang Wei dan Mohd Zulfakar Mohd Alghaus – yang merupakan juara kelayakan Asia Tenggara – antara 23 pasukan yang bertanding dalam pengembaraan lebih 3,000 kilometer.

GS Trophy edisi ketujuh ini yang berlangsung selama lapan hari menyaksikan pasukan negara mengembara di bahagian utara dan selatan New Zealand.

Sementara itu, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, menyifatkan penyertaan pasukan Malaysia sebagai satu kebanggaan.

“Kami bangga dapat menyaksikan pasukan Malaysia beraksi di peringkat dunia kerana mereka bukan sahaja mewakili negara malah seluruh Asia Tenggara buat julung kalinya,” jelasnya.

Pada masa sama, selaku pelumba, Norizuan beranggapan beraksi di GS Trophy 2020 sebagai satu pencapaian tertinggi buat mereka bertiga.

“Mewakili Malaysia di International GS Trophy 2020 merupakan pencapaian terbesar kami. Meskipun bergelut di peringkat awal tetapi selepas bekerja keras kami muncul sebagai penunggang yang lebih baik.

“Saya percaya ini adalah objektif utama GS Trophy, menyatukan semua penunggang BMW. Bukan mudah untuk menamatkan kesemua peringkat sehingga ke garisan penamat,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.