Toyota Gazoo Racing: Pusingan Keempat Berlangsung Secara Tertutup

Sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan wabak Covid-19, UMW Toyota Motor mengumumkan bahawa pusingan keempat, TGR Festival Musim Ketiga di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 18 dan 19 April ini akan berlangsung secara tertutup.

Ini sebagai sokongan terhadap gesaan kerajaan untuk membatalkan atau menunda sebarang acara yang melibatkan pengunjung yang ramai susulan Covid-19.

Menurut kenyataan, hanya kru dan pelumba bagi setiap pasukan yang terlibat dalam Vios Challenge akan dibenarkan berada di SIC dengan setiap individu perlu menjalani saringan kesihatan terlebih dahulu.

Ketua Pegawai Motorsport UMW Toyota Motor, Akio Takeyama mengharapkan orang ramai memahamai keputusan yang dibuat.

“Kami percaya peminat akan menghargai usaha ini. Setiap perlumbaan akan disiarkan secara langung menerusi Facebook dan YouTube Toyota,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply