Gagal Patuh Piawaian FIM, Dovizioso Dan Bagnaina Beralih Ke Shoei

Sesi ujian bebas pertama di GP Catalunya menyaksikan beberapa pelumba MotoGP terpaksa menggunakan helmet jenama lain untuk sementara waktu susulan beberapa jenama helmet tajaan yang digunakan sebelum ini gagal mematuhi piawian baharu ditetapkan FIM. Andrea Dovizioso dan Pecco Bagnaia (Suomy) serta Aleix Espargaro (KYT) antara nama besar yang terkesan. Dovizioso dan Bagnaina terpaksa beralih ke…

Zarco Sedia Dengar Komen Pedrosa, Beralih Ke ‘Swingarm’ Gentian Karbon

Johan Zarco mengharapkan tugas Dani Pedrosa sebagai penguji jentera KTM dapat membantu dirinya untuk menyesuaikan diri dengan jentera RC16. Zarco sekadar mengutip 10 mata setakat ini berbanding 38 mata yang dilakar rakan sepasukan, Pol Espargaro apabila bergelut untuk mendapat keserasian dengan jentera agresif KTM. “Saya datang daripada Yamaha, jadi saya sudah biasa dengan corak tunggangan…

Prototaip Ducati Streetfighter V4 Akhirnya Didedahkan

Sejak Ducati melancarkan Panigale V4, ramai yang menjangkakan pengeluar motosikal Itali itu akan memperkenalkan Streetfighter V4. Jangkaan tersebut akhirnya direalisasikan apabila jentera tersebut dilihat melalui beberapa sesi ujian sekitar Eropah beberapa kali. Bagaimanapun, persoalan akhirnya terjawab apabila Ducati hari ini berkongsi beberapa gambar prototaip jentera terbabit. Rekaan tirus di bahagian depan dan tangki yang tajam…

KTM Atasi Penjualan Harley-Davidson, Buru Kedudukan Kawasaki

Ketika Stefan Pierer mengambil alih KTM pada 1991, pengeluar motosikal berpangkalan di Austria itu berdepan masa depan yang suram apabila ketinggalan dibelakang berbanding jenama Jepun. Pierer kemudiannya mengambil masa beberapa tahun untuk memulihkan KTM dan hasilnya, 28 tahun kemudian, jumlah penghasilan motosikal KTM dalam masa sehari menyamai jumlah penghasilan dalam masa setahun ketika Pierer mula-mula…

Toyota Kekal Jenama Kereta Paling Bernilai Di Dunia

Menurut kajian yang dilaksanakan Kantar Millward Brown yang dikenali sebagai Brandz Top 100 Most Valuable Global Brands 2019, pengeluar kereta Jepun, Toyota muncul sebagai jenama automotif paling bernilai tahun ini sekaligus mengekalkan kedudukan tersebut untuk tujuh tahun berturut-turut. Tempat kedua menjadi milik pengeluar kereta Jerman, Mercedes sementara BMW ketiga. Terdapat pelbagai cara untuk mengukur kedudukan…

Honda Mean Mower: Mesin Potong Rumput Dengan Enjin CBR1000RR

Pada 2014, Honda Mean Mower memegang takhta sebagai World Fastest Lawnmower apabila mampu mencapai kelajuan 187.6km/j hasil bantuan enjin VTR Firestorm yang menjana 108hp. Honda Mean Mower kini kembali melakar pencapaian baharu apabila mengukir nama dalam Guinness World Record kategori ‘Fastest Acceleration 0-100mph For A Lawnmower’ – mencapai kelajuan 0-100mph dibawah 6.285 saat. Kejayaan itu…

Moto2: Folger Kembali, Ganti Khairul Idham Untuk Tiga Perlumbaan

Jonas Folger akan mewakili pasukan Petronas Sprinta Racing dalam perlumbaan Moto2 hujung minggu ini di litar Catalunya bagi menggantikan Khairul Idham Pawi. Folger bakal beraksi dalam tiga pusingan Moto2 sementara menanti Khairul sembuh sepenuhnya setelah mengalami kecederaan tangan ketika di GP Sepanyol, bulan lalu. Sebelum ini, Mattia Pasini merupakan pelumba gantian kepada Khairul Idham ketika…

E3: Forza Horizon 4 Dikemas Kini Dengan Tema LEGO!

Bagi peminat permainan konsol Xbox, pastinya anda mengikuti perkembangan persidangan E3 yang berlangsung semalam yang telah memaparkan beberapa permainan menarik yang bakal memasuki pasaran. Antara yang mencuri perhatian adalah permainan Forza Horizon 4 – permainan bertemakan perlumbaan kereta – yang telah dikemas kini dengan beberapa pertambahan baharu. Bagi membuatkan perlumbaan di Horizon 4 lebih menarik,…