E3: Forza Horizon 4 Dikemas Kini Dengan Tema LEGO!

Bagi peminat permainan konsol Xbox, pastinya anda mengikuti perkembangan persidangan E3 yang berlangsung semalam yang telah memaparkan beberapa permainan menarik yang bakal memasuki pasaran.

Antara yang mencuri perhatian adalah permainan Forza Horizon 4 – permainan bertemakan perlumbaan kereta – yang telah dikemas kini dengan beberapa pertambahan baharu.

Bagi membuatkan perlumbaan di Horizon 4 lebih menarik, pereka permainan tersebut, Playground Games bersama-sama Microsoft memperkenalkan perlumbaan dan kereta bertemakan LEGO!

 

Tema yang diperkenalkan tersebut memberi peluang kepada ‘gamers’ untuk berlumba dengan kereta seperti McLaren Senna, Ferrari F40 Competizione dan Mini Cooper S Rally 1967 yang diperbuat daripada LEGO di Lego City.

Bukan itu sahaja, ‘gamers’ juga berpeluang untuk berlumba kereta LEGO ini dengan kereta lain yang terdapat dalam permainan tersebut.

Bagi meraikan penggabungan ini, Lego dan McLaren telah menghasilkan replika McLaren Senna diperbuat daripada Lego 100 peratus dan dipamerkan di persidangan E3.

Forza Horizon 4 Lego Speed Championship akan dilancarkan di seluruh dunia pada 13 Jun ini di konsol Xbox One dan Windows 10 PC. Sementara itu, jika anda sudah pun memiliki Forza Horizon 4 Ultimate Edition, Forza Horizon 4 Expansions Bundle atau Forza Horizon 4 Ultimate Add-Ons Bundle akan mendapat kemas kini baharu ini secara percuma!

Dalam perkembangan masa, kemas kini terbaru itu turut memperkenalkan jentera sport car elektrik Rimac C_Two.

Rimac berkata mereka mahu ‘gamer’ seluruh dunia terutamanya peminat Forza Horizon 4 mendapat peluang eksklusif untuk merasai sendiri prestasi jentera tersebut. Memiliki hp setinggi 1,914, C_Two muncul kereta terpantas dan berkuasa dalam Horizon 4.

Saksikan treler Forza Horizon 4 yang ditayangkan di E3 di bawah:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.