Wartawan Automotif Hilang Selepas Tunggang Uji Honda CB1000R

Sumber: Cars and Bikes

Seorang wartawan automotif hilang selepas selesai tunggang uji motosikal jenis Honda CB1000R di Amerika Syarikat.

David Gordon Johnson, 44 tahun – yang dilaporkan hilang sejak 5 Jun lalu – difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menguji CB1000R selama dua hari di California dan Nevada.

2018 CB1000R

 

David- yang bekerja sebagai penulis sambilan untuk Motorcyclist Magazine – kali terakhir dihubungi pada Rabu lalu.

Teman wanitanya, Jaclyn Trop berkata David menghubunginya menerusi aplikasi pesanan ringkas dan memaklumkan bahawa dia berasa sedikit penat.

Beberapa jam kemudian, Jaclyn menerima gambar David yang berada di dalam sungai. Jaclyn kemudiannya melaporkan David hilang kepada pihak berkuasa Sacramento pada hari yang sama selepas gagal menghubunginya.

Pasukan pencari berjaya menemui motosikal tersebut di sebuah hentian rehat Jumaat lalu, dan beberapa hari kemudian, mereka menjumpai baju, telefon bimbit dan laptop berdekatan dengan sebuah sungai.

Ketika ini masih tiada maklumat lanjut mengenai status David.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]