Tayar Goodyear Dikitar Semula Di Sekolah Kebangsaan Seksyen 20

Komited dalam usaha memelihara alam sekitar, Goodyear Malaysia telah menderma beberapa buah tayar kepada Sekolah Kebangsaan Seksyen 20 (SK 20), Shah Alam untuk digunakan ketika aktiviti rekreasi yang dapat menyuntik kesedaran mengenai kitar semula.

Selain digunakan untuk pembelajaran, beberapa tayar diserahkan juga telah digunakan sebagai bahan hiasan di sekitar sekolah terbabit.

SK 20 turut mahu menggunakan semula tayar terbabit untuk menghasilkan arca sekaligus dapat menawarkan sesi pembelajaran berlainan bagi para pelajar.

Idea ini diinspirasikan oleh dua patung yang telah dihasilkan oleh pemahat profesional yang dihasilkan sepenuhnya menggunakan tayar Goodyear ketika di Cotton Bowl 2018.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Komunikasi dan Servis Goodyear Malaysia, Anthony Fonseka meluahkan rasa teruja kerana dapat bersama-sama pelajar SK 20 dalam menyuntik semangat kitar semula.

“Kami amat gembira kerana dapat menyokong komuniti ini. Tayar yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin jadi kami berharap jalinan ini akan menyuntik inspirasi terhadap pelajar SK 20 untuk memelihara alam sekitar.

“Kami juga teruja apabila tayar yang didermakan ini akan digunakan sebaik mungkin sebagai alat pembelajaran”,” jelasnya.

Inisiatif ini lahir daripada cikgu Aizatul Ashraf yang menyedari kawasan sekolah SK 20 terlalu kosong.

“Pelajar sekolah mudah menyerap segala maklumat daripada pelbagai sumber termasuk apa yang berada di sekeliling mereka. Dengan menunjukkan bagaimana tayar ini digunakan semula sebagai bahan hiasan, saya berharap mereka dapat mempelajari kepentingan kitar semula,” katanya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply