Motosikal merupakan pilihan paling munasabah untuk berulang-alik ke tempat kerja kerana dapat mengelak daripada kesesakan lalu lintas selain daripada menjimatkan duit. Jadi bagi sesiapa di luar sana yang bercadang untuk membeli motosikal ekoran tak sanggup mengeluarkan belanja tinggi menggunakan kereta, ini lima motosikal yang paling ngam untuk digunakan untuk berulang-alik: 1) Yamaha Y15ZR Setiap pengguna…
Category: 150cc
Zaqhwan Zaidi kembali merancakkan saingan Kejuaran Cub Prix Malaysia PETRONAS musim 2019 selepas namanya tersenarai dalam pasukan CP150 Idemitsu Honda Yuzy Racing. Bekas juara kelas perdana CP130 2014 itu kembali ke litar Cub Prix tahun ini selepas membuat keputusan untuk memberikan tumpuan penuh terhadap Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dan Kejuaraan Seluruh Jepun musim lalu….
Model Yamaha YZF-R15 adalah sebuah motosikal lumba ringan. Kelebihannya adalah pada kelajuan menyelekohnya dan kelincahannya. Unit yang kami uji telah mengagumkan kami dengan kelajuan tertingginya.
Setelah membawakan pesaing kepada jentera moped berkapasiti 150cc, Benelli kini mengemaskini jentera mereka, RFS150i dengan edisi terhad. Benelli RFS150i Edisi Terhad ini diberi grafik baru berasaskan warna bendera Italy yang biasanya juga dikenali dengan Tricolore. Terdapat juga stiker nombor siri khas yang dipadankan pada jentera ini.
Skuter Honda PCX150 2018 yang diperkemaskini telah diperkenalkan untuk pasaran Amerika Syarikat. Kemas kininya termasuklah rekabentuk serba baru, casis, bahagian enjin, transmisi, suspensi dan bermacam-macam lagi. Skuter PCX150 yang baru ini telah ditetapkan harganya bagi pasaran Amerika Syarikat pada harga $3,699 (RM14,341) dan $3,999 (RM15,504) bagi versi ABS.
Terdapat khabar dari Vietnam dan dilaporkan oleh TMCBlog, bahawa Yamaha sedang menyiapkan jentera moped dengan kod T155. Bagi mata yang memerhati, kod T135 dan T150 adalah rujukan pada jentera Yamaha 135LC dan Y15ZR. Wujudnya kod T155 ini menunjukkan bahawa mungkin Yamaha sedang menguji jentera yang berasaskan rupa bentuk moped 135LC dan Y15ZR.
India Yamaha Motor (IYM) dengan secara rasminya telah melancarkan motosikal Yamaha YZF-R15 2018 ketika acara Auto Expo 2018. Versi ketiga motosikal R15 ini dilengkapi dengan enjin satu silinder 155cc yang menjana 19hp dan 15Nm tork. Ciri menakjubkan lain yang ada pada motosikal ini termasuklah Variable Valve Actuation (VVA), klac ‘assist-and-slipper’, konsol instrument digital dan bermacam-macam…
Aprilia mempersembahkan jentera berkapasiti 150cc kepada dunia di acara Delhi Auto Show dengan membawakan RS150 dan Tuono 150. Aprilia RS150 merupakan jentera sukan dengan reraup penuh, manakala Tuono 150 hadir dengan gaya jalanan tanpa reraup.