Honda PCX150 2018 Diperkenalkan Di Amerika Syarikat – RM14,341

Skuter Honda PCX150 2018 yang diperkemaskini telah diperkenalkan untuk pasaran Amerika Syarikat.
Kemas kininya termasuklah rekabentuk serba baru, casis, bahagian enjin, transmisi, suspensi dan bermacam-macam lagi.
Skuter PCX150 yang baru ini telah ditetapkan harganya bagi pasaran Amerika Syarikat pada harga $3,699 (RM14,341) dan $3,999 (RM15,504) bagi versi ABS.

Sebuah versi skuter Honda PCX150 yang dikemaskini telah diperkenalkan untuk pasaran Amerika Syarikat pada awal minggu ini dan ia tampil dengan pelbagai kemaskini yang berbeza termasuklah sistem Smart Key. Dari segi rupa parasnya, ia tampak lebih ranggi dan moden berbanding dengan model 2017 yang boleh didapati di Malaysia.

Ke semua kemaskini telah diterapkan secara mendalam dalam skuter moden ini termasuklah bahagian casis, selain daripada bahagian hadapan yang lebih menggiurkan di mana ia merumahkan lampu hadapan LED rekaan baru dan tolok kelajuan digital sepenuhnya. Skuter PCX150 semasa menggunakan kerangka jenis underbone, manakala bagi Honda PCX150 2018 yang baru ini pula datang dengan kerangka ‘steel duplex cradle’, yang mana Honda katakan memberikan stabiliti penunggangan yang lebih baik.

Kotak udara yang lebih besar dan lohong masukan yang dirombak semula telah dilengkapkan pada enjin sejukan cecair, satu silinder, 149cc, yang memberikan kecekapan dan pengudaraan yang hebat pada skuter baru ini. Ini semua atas jasa penyerap hentakan belakang berkembar yang direka semula dengan pegas kadar bertiga yang memberikan jarak pergerakan suspensi yang lebih panjang.

Bagi memastikan yang ke semuanya bergerak dengan lancar, sebuah transmisi automatik geseran rendah V-Matic yang serba baru telah disuaikan dengan enjin untuk penunggangan yang lancar dan selesa sepanjang hari. Sepasang roda berjejari lapan 14 inci yang kini lebih ringan juga membantu dalam hal ini, di mana ia mengurangkan beratnya menjadi 131kg, walaupun dengan sepasang tayar yang lebih besar (100/80 di bahagian hadapan, 120/70 untuk bahagian belakang).

Masih tiada sebarang berita sama ada Boon Siew Honda akan membawanya masuk model terbaru ini ke dalam negara. Bagi pasaran Amerika Syarikat, skuter PCX150 yang baru ini akan mula dijual bermula pada bulan Julai dengan harga $3,699 (RM14,341), manakala bagi versi ABS pula telah ditetapkan pada harga $3,999 (RM15,504). Buat masa ini ianya disediakan dalam satu skema warna sahaja; Bright Bronze Metallic.

Honda PCX Electric Dan PCX Hybrid Diperkenalkan

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]