MV Agusta Brutale 800 RR America 2018 Dilancarkan

Advertisements

  • Sebagai tanda penghormatan bagi motosikal MV S America 750 1975 yang asal, MV Agusta telah mengumumkan model MV Agusta Brutale 800 RR America 2018.
  • Setiap model yang bernombor siri ini telah dilengkapi dengan kemasan warna merah, putih, dan biru bendera Amerika Syarikat.
  • Motosikal ini akan disediakan bagi pasaran UK pada bulan Mei pada harga £15,940 (sekitar RM87,655).

MV Agusta telah mengumumkan kemunculan motosikal MV Agusta Brutale 800 RR America 2018. Motosikal edisi teramat terhad ini telah dilancarkan bagi mempromosikan lagi model Brutale mereka yang terbaru, yang kini dijana oleh enjin tiga selari 798cc yang dikemaskini, patuh piawaian Euro4 dan menghasilkan sehingga 140hp dan 87Nm tork.

Motosikal pengeluaran edisi khas yang bernombor siri ini berkongsi platform yang sama seperti motosikal Brutale 800 RR 2018 yang telah dikemaskini, kecuali pada kemasan warna khususnya itu. Ini termasuklah skema warna merah, putih, dan biru metalik yang amat berkilat, kemasan grafik tangki bahanapi, dan pelana berwarna merah yang dipertingkatkan lagi keselesaannya.

Model ini adalah satu penghormatan bagi motosikal MV S America 750 1975 yang telah diberikan penghormatan pada tahun lalu sewaktu pengeluar motosikal premium ini memperkenalkan motosikal MV Agusta Brutale 800 2017. Setiap model ini dilengkapi dengan stiker ‘America Special Edition’, nombor siri pengeluaran individu, beserta sijil pengesahan, sekiranya ada yang mempersoalkan keaslian motosikal anda ini.

Motosikal Brutale 800 RR ini juga didatangkan dengan ciri-ciri yang lain seperti kotak gear yang dikemaskini, dan kelengkapan elektronik yang lebih kompleks untuk penunggangan yang lebih lancar dan jitu. lohong masukan dan ekzos, beserta injapnya juga telah dipertingkatkan dbagi pengalaman menunggang yang optimum untuk setiap penunggang.

Untuk harganya pula, ianya telah ditetapkan pada harga £15,940 (sekitar RM87,655) bagi pasaran UK. Model MV Agusta Brutale 800 RR America 2018 ini akan mula disediakan pada bulan Mei nanti. Sekiranya anda berminat untuk memilikinya di dalam negara kita, anda boleh sahaja cuba menghubungi MV Agusta Malaysia. Buat anda peminat adiwira Marvel, Captain America, motosikal ini cocok sekali dengan anda. Apatah lagi dengan kemunculan filem terbaru Avengers dalam masa dua minggu lagi. Jadi, tunggu apa lagi?

Tunggang Uji MV Agusta Brutale 800

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.