Aprilia RS150 dan Tuono 150 menjelma di Delhi Auto Show 2018

Aprilia mempersembahkan jentera berkapasiti 150cc kepada dunia di acara Delhi Auto Show dengan membawakan RS150 dan Tuono 150.

Aprilia RS150 merupakan jentera sukan dengan reraup penuh, manakala Tuono 150 hadir dengan gaya jalanan tanpa reraup.  

Jentera 150cc 2018 ini berkonfigurasi 1-silinder berpenyejukan cecair dengan suntikan bahanapi berkuasa sebanyak 18PS dan berdaya kilas maksimum 14Nm.

Walaupun hanya berkapasiti 150cc, jentera ini dilengkapkan dengan suspensi terbalik sebesar 40mm pada bahagian hadapan.

Sistem brek pula dilengkapkan cakera 300mm pada bahagian hadapan dan 218mm pada bahagian belakang. Setakat apa yang kami lihat, harganya pasti tidaklah murah tetapi tidak mustahil jika harganya terjangkau, Aprilia boleh mendapatkan pasaran Asia.

Sumber: TMCblog

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply