Suzuki Hayabusa 2019 Akan Menggunakan Enjin 1440cc?

Sumber imej: Autoby.jp
  • Telah tersebar khabar angin mengenai spesifikasi yang berkaitan dengan motosikal Suzuki Hayabusa 2019.
  • Khabar angin terbesar mengenai motosikal hyperbike terbaru itu adalah mengenai enjin empat silinder 1,440cc baru yang yang menukarnya menjadi sebuah GSX-R1400R.
  • Jentera yang serba baru keseluruhannya ini boleh dijangkakan memandangkan yang Hayabusa akan menyambut ulang tahun ke-20nya pada tahun hadapan.

Telah tersebar begitu banyak desas desus mengenai motosikal Suzuki Hayabusa 2019 yang bakal tiba nanti. Walaupun pengeluar dari Jepun itu telah mengambil sikap berhati-hati dalam melindungi rahsia ‘burung pemangsa’ terbaru itu, telah terdapat begitu banyak spekulasi yang telah digembar-gemburkan oleh pakar permotosikalan dari seluruh dunia.

Sumber imej: Autoby.jp

Khabar angin terbaru yang telah diutarakan oleh Asphalt&Rubber yang telah mendapat maklumat yang menggiurkan mengenai motosikal hyperbike Suzuki daripada sebuah penerbitan Itali, Insella. Terdapat beberapa kemungkinan spesifikasi yang baru dalam motosikal yang “terbaru dan dipertingkatkan” ini.

Aspek terbesar berkenaan motosikal Suzuki Hayabusa 2019 ini adalah enjinnya. Penjana kuasa yang mendorong motosikal GSX-R1300R semasa dikhabarkan akan menjadi sebuah Suzuki GSX-R1400R. Ini bermakna yang motosikal hyperbike yang baru itu mungkin sahaja mengingkari ‘gentleman’s agreement’ dan menghasilkan sebuah superbike yang dilengkapi dengan enjin empat silinder 1,440cc.

Bagi memastikan yang motosikal Hayabusa terbaru ini boleh bersaing dengan jentera hiper yang ada pada masa kini seperti motosikal supert tourer Kawasaki H2 SX, model 2019 ini paling kurang perlu mempunyai spesifikasi yang paling terbaru. Kelengkapan seperti kawalan cengkaman, mod tunggangan boleh pilih, suspensi separa aktif, dan ABS menyelekoh adalah sebahagian daripada kelengkapan yang akan memastikan motosikal Hayabusa berada di hadapan.

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ramai adalah hakikat bahawa tahun 2019 menandakan ulang tahun ke-20 motosikal hyperbike berkenaan. Dilahirkan pada tahun 1999 sebagai sebuah motosikal yang dapat mencecah kelajuan melebihi 320km/j, ianya dikenali sebagai sebuah motosikal sports tourer yang serba berkebolehan dengan ergonomik tunggangan yang selesa dan jalur kuasa yang menakjubkan bagi tunggangan jarak jauh.

Yakinlah akan adanya lagi khabar angin yang lain yang akan timbul sebelum pelancaran besar-besarannya Suzuki GSX-1300R, atau GSX-R1400R, tidak kiralah yang mana satu namanya nanti. Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini dunia permotoran.

 

Adakah Kita Akan Menyaksikan Kemunculan Suzuki Hayabusa Caj Turbo Pada Tahun 2019?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]