Yamaha YZF-R15 2018 Dilancarkan Di India! RM7,651

Advertisements

  • India Yamaha Motor (IYM) dengan secara rasminya telah melancarkan motosikal Yamaha YZF-R15 2018 ketika acara Auto Expo 2018.
  • Versi ketiga motosikal R15 ini dilengkapi dengan enjin satu silinder 155cc yang menjana 19hp dan 15Nm tork.
  • Ciri menakjubkan lain yang ada pada motosikal ini termasuklah Variable Valve Actuation (VVA), klac ‘assist-and-slipper’, konsol instrument digital dan bermacam-macam lagi.

Acara Auto Expo 2018 yang sedang berlangsung di India telah memberikan beberapa kejutan dan yang terbaru adalah dalam bentuk sebuah pelancaran motosikal Yamaha YZF-R15. Motosikal lumba berkapasiti kecil itu telah diperkenalkan oleh India Yamaha Motor (IYM) yang mana ia datang dengan beberapa spesifikasi yang amat menarik.

Dengan rupa paras yang diilhamkan dari saudara-saudaranya yang lebih besar seperti YZF-R6 dan YZF-R1, penjana kuasa bagi motosikal ini jauh lebih jinak. Dijana oleh enjin SOHC, satu silinder, sejukan cecair, 155cc, Yamaha YZF-R15 ini dikatakan mampu menghasilkan 19hp dan 15Nm tork maksimum pada 8,500rpm.

Berbanding dengan motosikal super cub Yamaha Y15ZR yang teramat popular itu, motosikal YZF-R15 terbaru ini menghasilkan lebih banyak kuasa dan tork, iaitu sebanyak 4hp dan 3.7Nm. Ini adalah sebab penambahan sebanyak 5cc pada kapasiti enjinya, Variable Valve Actuation (VVA) yang memberikannya lebih banyak kuasa pada tahap tinggi, dan juga atas jasa ECU dalaman.

Apa yang lebih menakjubkan lagi adalah motosikal lumba 155cc ini dilengkapi dengan klac ‘assist-and-slipper’ yang mana memudahkan motosikal ini untuk mula bergerak dan menghindari gegaran roda belakang sewaktu menukar ke gear yang lebih rendah.

Keseluruhan perincian yang mengagumkan ini dirumahkan di dalam kerangka kotak Delta yang mana telah terbukti sebagai sebuah casis yang hebat yang memberikan pengendalian lumba yang menakjubkan. Berat keseluruhan bagi Versi 3.0 ini adalah hanya 139kg, yang mana ianya juga turut membantu dalam kebolehkendaliannya.

Selain itu, motosikal R15 yang baru ini juga didatangkan dengan konsol instrumen digital penuh yang menunjukkan segala maklumat penting motosikal berkenaan, termasuklah penunjuk posisi gear dan lampu syif. Meter digitalnya juga mengambil ilham dari abangnya yang lebih ‘sado’, motosikal YZF-R1.

Ingin uji kehebatan motosikal ini di atas litar? India Yamaha Motor juga turut mengumumkan bahawa ke semua pengedar sah di seluruh negaranya itu akan menjual “racing kit” yang mana pembeli boleh mendapatkan tayar Metzeler, peredam Daytona, dan ‘frame slider’. Usaha ini pasti akan mendapat sambutan hangat di kalangan ramai penggemarnya di negara tersebut.

Pasaran India akan dapat memperolehi motosikal Yamaha YZF-R15 2018 dengan harga INR125,000 yang mana jika ianya ditukar terus ke matawang kita, ianya bernilai RM7,651. Satu harga yang agak menarik bagi sebuah jentera lumba 150cc. Sama-sama kita doakan yang ianya akan tiba di tanah air kita nanti.

Sumber: xBHP & Tech 2

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.