2018 Benelli RFS150i Edisi Terhad – RM7,400 (anggaran)

Setelah membawakan pesaing kepada jentera moped berkapasiti 150cc, Benelli kini mengemaskini jentera mereka, RFS150i dengan edisi terhad.

Benelli RFS150i Edisi Terhad ini diberi grafik baru berasaskan warna bendera Italy yang biasanya juga dikenali dengan Tricolore. Terdapat juga stiker nombor siri khas yang dipadankan pada jentera ini.  

Selain itu, bar pendikit dan tuas brek dan tuas klac telah diberi lebih pelarasan dengan tuas yang boleh dilaras. Suspensi belakang juga disertakan dengan suspensi Kayaba yang boleh laras. Benelli ni kalau boleh, nak semua benda boleh laras. Huhu.

Harga Benelli RFS150i Edisi Terhad ini dianggarkan dalam RM7,400 (asas)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.