Penunggang Motosikal Yang Memukul Pekerja Petronas Didenda Sebanyak RM2,000

  • Penunggang motosikal superbike yang bertindak memukul seorang pekerja Petronas telah didapati bersalah dan didenda sebanyak RM2,000.
  • Muhammad Nuralif Shaufiq Ahmad Fauzi, 25, telah mengaku bersalah menyebabkan kecederaan ke atas seorang pekerja Petronas pada 6 Oktober 2018.
  • Ianya terjadi kerana pekerja Petronas dengan secara tidak sengaja telah mengisi minyak petrol RON95 dan bukannya RON97.

Masihkah anda ingat akan satu kejadian yang telah tular di media sosial negara berkenaan dengan seorang penunggang motosikal superbike yang telah memukul seorang pekerja muda Petronas kerana berlakunya salah faham di mana motosikal penunggang tersebut telah diisi dengan minyak petrol RON 95 dan bukannya RON97? Penunggang tersebut telah pun menyerahkan dirinya baru-baru ini, dan hari ini, dia telah didapati bersalah!

Muhammad Nuralif Shaufiq Ahmad Fauzi, 25 tahun, mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya dalam mahkamah pada awal hari ini. Atas pengakuannya itu, dia telah dikenakan denda RM2,000 atas tindakannya yang menyebabkan kecederaan ke atas Mod Ridwan Abdullah, pekerja di stesen minyak Petronas Sungkai yang berusia 24 tahun, pada 6 Oktober 2018.

Muhammad Nuralif telah dituduh di bawah Seksyen 323 , Kanun Keseksaan, di mana dia berhadapan dengan hukuman maksimum satu tahun penjara, denda RM2,000, atau, kedua-duanya sekali. Timbalan pendakwa raya bertanggapan bahawa denda maksimum sudah memadai bagi menghindari Muhammad Nuralif daripada melakukan kesalahan tersebut pada masa yang akan datang.

Penunggang motosikal yang bersikap keterlaluan tersebut kini perlu membayar jumlah denda berkenaan atau berdepan dengan kemungkinan penjara lima bulan sekiranya dia tidak mampu membayar jumlah tersebut. Bagi rakan subahat yang juga turut terlibat dalam kejadian tersebut, dia telah ditahan reman bagi membantu siasatan namun kemudiannya dilepaskan atas ikat jamin polis.

Kesimpulannya, janganlah kita bertindak dengan mengkut nafsu amarah kita sahaja. Tindakan yang lebih wajar adalah untuk memaklumkan kepada atendan pam bahawa telah berlaku kesilapan, dan ianya pasti boleh diselesaikan dengan aman. Sekalipun motosikal superbike anda telah tersalah diisi minyak petrol RON95, tiada masalah pun sebenarnya. Minyak petrol berkenaan sebenarnya memadai bagi menggerakkan jentera anda tanpa menyebabkan sebarang kerosakan.

Jadikanlah kes ini sebagai peringatan buat kita semua. Bak kata Harry Hart dari filem The Kingsman, “Manners maketh man”.

MV Agusta F4 Claudio 2019 Diperkenalkan! RM345,280

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.