Benelli 1200GT Didedahkan Di China – 134hp!

Meskipun acara motosikal terbesar dunia EICMA dibatalkan tahun ini, pengeluar motosikal menggunakan platform lain untuk perkenalkan model baharu.

QJ Motor – selaku syarikat pemilik jenama Benelli – telah memperkenalkan Benelli 1200GT.

Benelli 1200GT merupakan jentera segmen grand tourer pertama bagi jenama itu yang didatangkan dengan enjin 1,209cc.

Berdasarkan info yang dikongsikan 1200GT ini menawarkan 134hp dan mampu mencapai kelajuan maksima 220km/j.

Antara ciri menarik ditawarkan adalah penggunaan fork USD Kayaba dan sistem brek Brembo dan rim bersaiz 17 inci.

Bagi memastikan tunggangan yang selesa jentera ini menawarkan ketinggian tempat duduk 780mm di samping tangki berkapasiti 22L sesuai untuk tunggangan jarak jauh.

Model ini turut didatangkan dengan penghadang angin boleh laras, paparan TFT berwarna, lampu LED dan sistem audio termasuk sistem tanpa kunci (keyless).

Berdasarkan ciri yang ditawarkan jelas Benelli menjadi BMW R 1250 RT sebagai pesaing utama.

Ketika ini masih tiada maklumat sama ada Benelli 1200GT ini akan diperkenalkan di Malaysia namun melihat kepada trend Benelli dalam membawa masuk semua model, tidak hairan jika jentera ini akan dibawa masuk kelak.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]