Pandangan Pertama: Motosikal Cruiser Elektrik Harley-Davidson LiveWire 2019!

Motosikal cruiser elektrik Harley-Davidson LiveWire 2019 telah dipratontonkan kepada orang awam sebelum pelancaran rasminya pada tahun hadapan. Motosikal elektrik pertama keluaran sepenuhnya jenama tersebut adalah salah satu dari pelbagai model yang akan dikilangkan dari sebahagian daripada evolusi besar-besaran mereka. Tiada maklumat jelas mengenai pengeluaran model LiveWire telah diberikan buat masa ini.

Romano Fenati Dipilih Untuk Mengemudi Jentera Perlumbaan Moto2 MV Agusta

Pasukan MV Agusta Reparto Corse yang bertanding dalam siri Moto2 telah mengesahkan Romano Fenati sebagai salah seorang penunggang mereka bagi musim 2019. Fenati telah beraksi cemerlang dalam Moto3 pada tahun 2017 namun kini bergelut dengan kesukaran dalam Moto2. Menuruti peraturan Moto2 bagi tahun 2019, MV Agusta akan membina jentera mereka berdasarkan enjin Triumph yang baharu.

Suzuki GSX-R1000R Buildbase Edisi Terhad RM105,610

Suzuki telah memperkenalkan sebuah motosikal Buildbase Suzuki GSX-R1000R edisi yang amat terhad, di mana hanya 50 buah unit sahaja yang akan dibina. Motosikal ini diilhamkan dari jentera yang telah dikemudi oleh Bradley Ray, Richard Cooper, dan Billy McConnell dalam siri perlumbaan British Superbikes (BSB). Suzuki GSX-R1000R Buildbase ini disediakan di UK pada harga £19,999 (kira-kira…

Ewan McGregor Dan Charley Boorman Dalam Perancangan Untuk Dokumentari seterusnya, “The Long Way Up”

Ewan McGregor dan Charley Boorman kini sedang dalam perancangan bagi menghasilkan dokumentari “The Long Way Up” untuk tahun 2019. Tidak dapat dinafikan yang dokumentari “The Long Way Around” dan “The Long Way Down” telah mempopularkan kembara motosikal jarak jauh. Mereka berdua merancang untuk menunggang dari Ushuaia ke Alaska untuk rancangan terbaru ini.