Suzuki GSX-R1000R Buildbase Edisi Terhad RM105,610

  • Suzuki telah memperkenalkan sebuah motosikal Buildbase Suzuki GSX-R1000R edisi yang amat terhad, di mana hanya 50 buah unit sahaja yang akan dibina.
  • Motosikal ini diilhamkan dari jentera yang telah dikemudi oleh Bradley Ray, Richard Cooper, dan Billy McConnell dalam siri perlumbaan British Superbikes (BSB).
  • Suzuki GSX-R1000R Buildbase ini disediakan di UK pada harga £19,999 (kira-kira RM105,610).

Tidak dapat dinafikan bahawa model Suzuki GSX-R1000R ialah salah satu nama yang tersohor dalam dunia motosikal superbike. Suzuki juga merupakan salah sebuah pengeluar yang gemar mengeluarkan motosikal edisi terhad yang istimewa bagi motosikal superbike terbaik mereka, dan motosikal edisi terhad terkini dari mereka ini tampak cukup menggiurkan sekali.

Replika perlumbaan Suzuki GSX-R1000R Buildbase edisi terhad ini telah diumumkan baru-baru ini, di mana hanya 50 buah unit sahaja yang akan dihasilkan bagi seluruh dunia. Jentera replika ini mengambil ilham daripada motosikal yang telah dikemudi oleh penunggang seperti Bradley Ray, Richard Cooper, dan Billy McConnell dalam siri perlumbaan British Superbike (BSB) dan ia tampil dalam skema warna biru yang memukau dengan pelbagai perincian edisi terhad.

Selain dari skema warnanya yang menakjubkan itu, motosikal replika Suzuki GSX-R1000R Buildbase ini juga dilengkapi dengan tangki bahanapi bernombor, beberapa buah komponen khas dari Yoshimura, dan aksesori tulen yang lain dari Suzuki. Kelengkapan yang paling seksi sekali sudah pasti ekzos Yoshimura R11 SQ, yang mana ianya memberikan motosikal ini pemangkin tambahan dari segi kuasa dan juga kualiti audio.

Aksesori tulen Suzuki yang lain termasuklah:

  • ‘Engine case savers’.
  • Pelindung tuil brek dan klac.
  • tongkat paddock.
  • skrin ‘bubble’ berganda.
  • pelitup pelana pembonceng.
  • pelindung tangki.
  • kemasan penutup tangki.

Bagi menjadikan motosikal ini lebih istimewa, bakal pemilik juga akan menerima sebuah beg kit Ogio berjenama Suzuki, tongkat paddock, pelitup motosikal, dan tikar garaj GSX-R. Terliur bukan? Bagi mereka yang berminat untuk memiliki motosikal ini, ianya disediakan bagi pasaran UK pada harga £19,999 (sekitar RM105,610).

Inginkan Sebuah Motosikal Suzuki GSX-R1000R Dalam Kemasan Grafik Team Classic Suzuki?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.