Inginkan Sebuah Motosikal Suzuki GSX-R1000R Dalam Kemasan Grafik Team Classic Suzuki?

  • Team Classic Suzuki telah memperkenalkan sebuah motosikal Suzuki GSX-R1000R dalam kemasan grafik mereka yang ikonik.
  • Skema warna putih dan biru retro tersebut diperkenalkan buat kali pertamanya pada motosikal perlumbaan Suzuki GSX1100SD Katana mereka.
  • Suzuki pada waktu ini sedang mengawasi kepopularan skema warna ini di atas talian, dan sekiranya ianya mendapat sambutan, mereka mungkin akan menjadikannya sebagai pilihan warna rasmi.

Masihkah anda ingat saat bersejarah sewaktu Team Classic Suzuki memperkenalkan motosikal perlumbaan Suzuki GSX1100SD Katana mereka? Motosikal tersebut telah membuat kemunculan sulungnya dalam perlumbaan Endurance Legends di Donington Park pada tahun lalu dan telah menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi dengan skema warnanya yang cukup menarik pada jentera yang mempersonakan ini.

Untuk kali ini, Team Suzuki Classic telah mempersembahkan satu lagi jentera yang amat menakjubkan dalam bentuk sebuah motosikal yang moden, iaitu Suzuki GSX-R1000R. Diliputi dengan kemasan warna putih dan biru retro ikonik pasukan berkenaan, dengan sedikit kemasan berwarna merah yang menawan penaja mereka, Motul, tidak syak lagi yang ianya salah sebuah motosikal Gixxer paling menggiurkan yang pernah kita lihat setakat ini.

Rekaan ini telah dihasilkan untuk mempromosikan pasukan perlumbaan tersebut, tetapi, pada masa ini, pengeluar dari Jepun itu sedang mendapatkan maklum balas orang ramai mengenainya. Sekiranya kombinasi warna itu mendapat sambutan di kalangan komuniti permotosikalan, Suzuki mungkin sahaja akan mengeluarkannya sebagai skema warna rasmi bagi sebuah motosikal edisi khas!

Selain daripada skema warnanya yang menawan itu, motosikal GSX-R1000R ini telah dilengkapi dengan beberapa kelengkapan tambahan yang menakjubkan dari rangkaian aksesori rasmi Suzuki, antaranya adalah:

  • Penutup kerangka karbon fiber.
  • Lohong masukan udara karbon fiber.
  • Pelindung tuil klac dan brek.
  • Penghadang angin perlumbaan ‘double-bubble’.
  • Tangkat paddock.
  • Pelitup pelana pembonceng.

Kami amat menyukainya dan kami yakin yang anda juga akan berasa yang sama, namun yang lebih penting lagi, Suzuki patut menjadikannya salah satu daripada warna pilihan rasmi mereka kerana ianya amat mengagumkan!

Suzuki GS1000E “Pelumba Malam” Dilahirkan Semula

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.