Adakah ini Jentera Suzuki GSX-R1000 Paling Cantik Pernah Dibina?

  • Jentera perlumbaan ketahanan, Suzuki GSX-R1000, yang telah dibina oleh Suzuki Endurance Racing Team (SERT) merupakan sebuah jentera perlumbaan yang mengagumkan.
  • Suzuki telah menggondoli 14 takhta kejuaraan dalam FIM EWC dan mereka kini mereka sedang berusaha untuk memenangi kejohanan ke-15 mereka pada musim ini.
  • Suzuki kini berada di tempat ke-tiga dalam kejohanan pengilang setelah dua pusingan pembukaan yang sukar.


Salah sebuah pasukan yang paling berdaya saing dalam kejohanan FIM Endurance World Championship telah bersiap siaga menyahut cabaran musim perlumbaan ketahanan tahun ini dengan jentera Suzuki GSX-R1000 mereka. Pasukan Suzuki Endurance Racing Team, yang lebih dikenali dengan singkatan SERT, telah mengharungi permulaan yang sukar pada tahun ini, namun, mereka telah bersiap sedia untuk bangkit semula, lebih-lebih lagi pada perlumbaan ketahanan tahunan Suzuka 8 Hours yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Julai 2018.

Pasukan perlumbaan yang disokong oleh pengilang ini akan menggunakan generasi terbaru Suzuki GSX-R1000. Digandingkan dengan tiga orang penunggang ketahanan berpengalaman yang terdiri daripada Vincent Philippe, Etienne Masson, dan Gregg Black, mereka kini berada di tempat ke-enam keseluruhan setelah menamatkan perlumbaan di tempat ke-tujuh di Bol D’Or dan ke-24 di 24 Hours Motos.

Pasukan Perancis ini masih dalam usaha menserasikan diri dengan jentera serba baru ini dan berdasarkan kedudukan pengilang, Suzuki kini berada di tempat ke-tiga (tidak terlalu jauh dari Yamaha dan Kawasaki. Untuk kejohanan pula, SERT masih jauh dibelakang pendahulu semasa, iaitu F.C.C. TSR Honda dan jentera Honda CBR1000RR Fireblade mereka.

Dengan baki tiga pusingan dan 14 takhta kejohanan yang telah mereka gondoli, kemenangan kali ke-15 tampak agak sukar untuk diperolehi namun, dalam dunia perlumbaan ketahanan motosikal, segala-galanya mungkin berubah dengan sekelip mata. Buat masa ini, mari kita nikmati keindahan jentera Suzuki GSX-R1000 ini.

Sumber imej: Suzuki Racing

Suzuki Katana Bakal Muncul Kembali?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]