Suzuki Katana Bakal Muncul Kembali?

  • Nama Suzuki Katana telah difailkan dibawah satu lagi permohonan di United States Patent and Trademark Office (USPTO).
  • Ini menunjukkan yang pengeluar dari Jepun tersebut sedang bersungguh-sungguh dalam merancang kemunculan semula motosikal bagi abad ke-21.
  • Kita mungkin perlu menunggu buat seketika memandangkan masih banyak lagi berita yang berkisarkan pelancaran generasi seterusnya Suzuki Hayabusa.

Pengeluar motosikal terkemuka dari Jepun, Suzuki, telah mendaftarkan nama “Katana” di “United States Patent and Trademark Office (USPTO). Ini adalah kali kedua mereka telah memfailkan nama tersebut, di mana permohonan kali pertamanya telah dilakukan pada tahun 2015, bersama dengan satu lagi nama, iaitu “Gamma”.

Ini bermakna yang Suzuki sedang bertungkus lumus dalam menghidupkan kembali motosikal ikonik, Suzuki Katana, bagi abad yang ke-21, dan kali ini, ianya bukan sekadar sebuah motosikal konsep. Kami percaya yang motosikal Katana zaman moden ini akan dikilangkan dan ianya bakal menjadi sebuah motosikal yang epik.

GSX1100SD Dari Team Classic Suzuki

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jentera perlumbaan GSX1100SD dari Team Classic Suzuki, TEKAN SINI.

Apa yang telah bermula sebagai sebuah motosikal lumba sejati yang mampu menyaingi jentera tercanggih Suzuki GSX-R pada tahun 1980-an itu telah berubah secara progresif menjadi sebuah motosikal ‘sport touring’ dengan ikutan peminat yang tegar dari seluruh dunia.

Dalam dunia hari ini, kedua-dua segmen motosikal lumba dan kembara telah dirapatkan jurangnya dan motosikal Katana terbaru ini mungkin sahaja terletak betul-betul di antara dua kategori ini. Kemungkinan munculnya sebuah motosikal lumba yang baru, lengkap bagi menakluki jalan raya masih lagi satu kemungkinan yang agak samar, namun, kami merasakan yang ianya akan membuat kemunculan sulung rasminya pada tahun hadapan.

Suzuki Katana Concept 3.0

Walaupun permohonan paten telah pun difailkan, petunjuk yang lebih kuat telah terarah lebih kepada generasi Suzuki Hayabusa yang seterusnya. ‘Hyperbike’ baru dari Suzuki itu sudah pasti akan membuat kemunculannya dahulu sebelum motosikal Katana yang baru tiba dan mencuri tumpuan ramai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa yang pasti, ianya tempoh yang mengujakan buat para peminat serta penggemar Suzuki.

Suzuki Hayabusa 2019 Akan Menggunakan Enjin 1440cc?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.