Guy Martin Akan Berlumba Semula!

Advertisements

  • Guy Martin sedang merancang untuk menyertai kembali kancah perlumbaan jalan raya pada tahun ini.
  • Penunggang kelahiran Kepulauan British yang berusia 36 tahun tersebut akan mengambil bahagian dalam acara perlumbaan jalan raya Cookstown 100 dan Tandragee 100 yang akan berlangsung pada bulan hadapan.
  • Bertanding dalam kelas ‘Forgotten Era’, Guy akan mengemudi motosikal BSA klasik miliknya sendiri.

Buat ke semua peminat perlumbaan jalan raya, ada satu berita yang gembira buat anda. Nampaknya idola perlumbaan jalan raya, Guy Martin, sedang merancang untuk mengenakan kembali sut perlumbaannya pada tahun ini. Telah tersebar satu berita yang mengesahkan bahawa penunggang berusia 36 tahun kelahiran Britain tersebut akan mengambil bahagian dalam perlumbaan jalan raya Ireland, “Tandragee 100” dan “Cookstown 100”.

Akan berlangsung pada 27 April 2018 (Cookstown 100) dan 5 Mei 2018 (Tandragee 100), kedua acara perlumbaan jalan raya ini adalah acara pemanas badan yang akan disertai setiap penunggang sebelum mengambil bahagian dalam perlumbaan Isle of Man TT. Namun begitu, Guy Martin tidak akan bertanding dalam kategori superbike dalam acara Cookstown 100. Sebaliknya, dia akan mengemudi jentera BSA miliknya sendiri dalam kategori klasik.

Kategori yang telah dinamakan sebagai ‘Forgotten Era’, Gut Martin, bersama dengan BSA pasti akan menjadi tumpuan sebaik sahaja di memasuki litar jalan raya. Dengan beberapa buah tempat di atas podium menjadi miliknya, dia adalah penarik perhatian dan penunggang kegemaran di kalangan nama-nama hebat yang lain dalam perlumbaan jalan raya.

Acara perlumbaan jalan raya Cookstown 100 akan mengambil tempat pada 27 April 2018, manakala acara perlumbaan jalan raya Tandragee 100 pula akan diadakan pada hujung minggu yang berikutnya. Selepas itu, minggu perlumbaan North West 200 akan bermula dari 13 hingga 19 Mei 2018, sebelum para penunggang menuju ke Isle of Man TT untuk acara perlumbaan jalan raya terhebat dunia.

Persoalannya kini adalah, adakah kita akan berpeluang untuk sekali lagi menyaksikan Guy menyempurnakan pusingan di litar ‘Mountain Course’?

Mugen Shinden Nana Diperkenalkan Bagi Mempertahankan Kejuaraan Isle of Man TT Zero!