Guy Martin Tarik Diri Dari Perlumbaan Jalan Raya Pertama Tahun Ini

Advertisements

  • Guy Martin telah mengumumkan bahawa dia tidak akan menyertai perlumbaan jalan raya Cookstown 100 pada hujung minggu ini.
  • Acara hujung minggu ini sepatutnya menjadi pentas kemunculan semula Martin dalam perlumbaan jalan raya selepas satu musim yang sukar dengan Honda Racing.
  • Guy berharap dapat membaiki jentera klasik BSA Rocket 3-nya bagi perlumbaan jalan raya Tandragee 100 pada minggu hadapan.


Pad bulan lalu, tokoh dan legenda perlumbaan jalan raya, Guy Martin, telah mengumumkan bahawa dia akan kembali ke perlumbaan jalan raya. Walaupun ianya bukan di atas jentera superbike 300km/j, kemunculan semula Guy dalam siri perlumbaan motosikal klasik terpaksa ditangguh apabila dia melaporkan bahawa jentera BSA Rocket 3 mengalami masalah kotak gear.

Guy Martin telah merancang untuk menyertai perlumbaan motosikal klasik di Cookstown 100 dan Tandragee 100 pada bulan ini, namun, kemunculan semulanya itu terpaksa ditangguhkan. Setibanya dia dari Russia, pelumba berusia 36 tahun dari Kepulauan British ini telah menyediakan jentera BSA Rocket 3 miliknya bagi perlumbaan-perlumbaan tersebut, tetapi masalah kotak gear telah memaksanya untuk menarik diri dari perlumbaan Cookstown 100 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Menurut penganjur perlumbaan Cookstown 100, “Penganjur bagi perlumbaan jalan raya pertama bagi musim 2018 telah menerima satu berita yang malang di mana pelumba kesukaan ramai, Guy Martin, terpaksa menarik diri dari perlumbaan ini. Guy, yang telah berada di Russia selama beberapa minggu yang lalu bagi projek terkininya, telah kembali pada hujung minggu lalu dan telah menguji jentera BSA Rocket 3 binaannya sendiri, tetapi setelah ujian tersebut motosikal itu telah mengalami masalah kotak gear.”

“Dan oleh kerana bahagian yang diperlukan tidak akan sempat sampai sebelum KDM Hire Cookstown 100, Guy terpaksa membuat keputusan menarik diri dari perlumbaan ini atas sebab-sebab keselamatan. Guy telah memohon maaf kepada kelab kerana tidak dapat menyertai dan mengucapkan selamat berjaya untuk acara ini,” tambah pegawai perlumbaan tersebut.

Harapnya Guy Martin mampu memperbaiki motosikal sebelum perlumbaan Tandragee 100 yang akan berlangsung pada hujung minggu yang akan datang pada 6 dan 7 Mei 2018.

Isle of Man TT: Bruce Anstey Didiagnos Menghidap Kanser

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.