Mugen Shinden Nana Diperkenalkan Bagi Mempertahankan Kejuaraan Isle of Man TT Zero!

  • Motosikal elektrik Mugen Shinden Nana telah dilancarkan bagi mempertahankan kejuaraan Isle of Man TT Zero pada tahun ini.
  • Jentera perlumbaan elektrik generasi ke-tujuh itu dilengkapi dengan pakej aerodinamik yang telah dipertingkatkan beserta 162hp dan 210Nm tork.
  • Bruce Anstey, John McGuinness, dan Lee Johnston akan mengemudi motosikal Mugen Shinden Nana tersebut pada penghujung bulan Mei nanti.


Pertunjukan Motosikal Tokyo 2018 yang telah berlangsung pada minggu lalu telah mempamerkan beberapa buah kejutan buat mereka yang cukup bertuah dapat menghadirinya dari seluruh pelusuk dunia. Nampaknya, pada tahun ini, Mugen telah bersedia untuk meninggalkan kesan yang besar, terutamanya dalam dunia motosikal dengan pelancaran enjin V-Twin 1,400cc mereka yang telah diberi nama MRV1400.

Divisyen perlumbaan mereka juga telah dipertingkatkan dengan pelancaran rasmi motosikal perlumbaan elektrik Mugen Shinden Nana 2018. Siap siaga mempertahankan kejuaraan mereka di perlumbaan Isle of Man TT 2018, pasukan tahun ini terdiri daripada tiga penunggang yang amat berbakat, iaitu Bruce Anstey, Lee Johnston, dan “King of the Mountain”, John McGuinness.

Jentera perlumbaan tahun ini tidak jauh berbeza berbanding dengan jentera tahun lalu dari segi spesifikasinya. Dengan berat keseluruhannya 248kg, motosikal Shinden Nana (Nana membawa maksud ‘Tujuh’ dalam Bahasa Jepun) yang baru ini ini telah dilengkapi dengan motor elektrik ‘brushless’, tiga fasa, sejukan minyak, yang mampu menghasilkan sehingga 162hp dan 210Nm tork.

Menjana jentera elektrik ini adalah bateri litium-ion 370V yang mana diharapkan oleh pasukan tersebut mampu memecahkan had kelajuan purata 120bsj (193km/j) di litar ‘Mountain Course’. Ianya dijangkakan mampu dicapai dengan adanya pakej aerodinamik yang telah diolah semula, di mana Mugen telah merekabentuk pelitup hadapan serba baru bagi penyejukan yang dipertingkatkan beserta pelitup sisi dan belakang baru.

Persoalannya kini bukannya motosikal yang mana akan memenangi Isle of Man TT Zero, tetapi, lebih kepada penunggang yang mana satu. Di antara Anstey, Johnston, dan McGuinness, sesiapa sahaja di antara mereka mampu bergelar juara pada tahun ini.

Spesifikasi Mugen Shinden Nana

・Machine Name: 神電 七(SHINDEN NANA)
・Overall Length/width/height (mm): 2,125 / 680 / 1,130
・Ground Clearance (mm): 130
・Seat Height (mm): 810
・Total Weight (kg): 248
・Tire (Front): 120/70ZR17M/C (58W)
・Tire (Rear): 200/55ZR17M/C (78W)
・Frame: CFRP Monocoque frame
・Motor Type: Oil-cooled, 3-phase, Brushless Motor
・Maximum Output (kW [hp]): 120 [160.9]
・Maximum Torque: 210Nm
・Battery Specification: Laminate-type Lithium-ion
・Battery Output Voltage (V): 370 or more

Raksasa Dua Lejang Suter MMX500 Kembali Ke Isle of Man TT

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]