Honda, Kawasaki, Suzuki, Dan Yamaha Bekerjasama Dalam Pembangunan Bateri Motosikal

Empat buah pengeluar motosikal utama di Jepun, iaitu Honda, Yamaha, Kawasaki, dan Suzuki akan bekerjasama bagi membangunkan teknologi bateri motosikal. Mereka sedang berusaha membangunkan teknologi penukaran bateri bagi mengatasi tempoh pengecasan yang panjang. Yamaha sudah mula bekerjasama dengan Gogoro di Taiwan bagi membangunkan teknologi penukaran bateri ini.

MotoE: 18 Jentera Terbakar, Aksi Pembukaan Di Jerez Akan Dibatalkan?

Saingan sulung kejuaraan MotoE, yang dirancang akan bermula pada Mei ini mungkin terpaksa ditangguhkan apabila 18 jentera motosikal elektrik hangus dijilat api dalam insiden kebakaran di Litar Jerez, Sepanyol, malam tadi. Kebakaran tersebut tercetus dibahagian garaj sementara yang menempatkan kesemua 18 jentera Energica Eco yang diijadualkan untuk melalui sesi ujian kedua. MotoE – yang dijadualkan…